Gua Kelam tutup sementara
Oleh BAZLI ABDUL RAHMAN
utusanperlis@utusan.com.my
PADANG BESAR 21 Nov. - Jabatan Perhutanan negeri menutup laluan masuk ke pusat peranginan Gua Kelam, Kaki Bukit di sini berikutan jambatan gantung sepanjang 370 meter yang dibina dalam bukit baru kapur itu rosak teruk selepas ditenggelami banjir baru-baru ini.
Pengarah Perhutanan negeri, Ridzuan Salleh memberitahu, langkah itu diambil dalam usaha mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini terhadap para pengunjung yang lazimnya tertumpu ke situ setiap kali cuti persekolahan.
Berikutan itu, kata beliau, pihaknya telah meletakkan papan tanda makluman larangan memasuki gua tersebut kepada para pengunjung.
"Akibat banjir tempoh hari jambatan gantung itu rosak. Sebahagian daripada kayu jambatan tersebut tercabut manakala kabel pengikatnya juga rosak," ujarnya di sini, semalam.
Kata beliau, berikutan talian pendawaian elektrik rosak akibat banjir itu juga, ia menyebabkan keseluruhan gua berkenaan bahaya kepada para pengunjung.
Kemuncaknya banjir selama seminggu awal November itu katanya, air yang memasuki gua berkenaan sehingga melebihi lima meter telah menenggelamkan semua kemudahan dan peralatan dalam pusat rekreasi itu.
"Kita akan mendapatkan peruntukan secepat mungkin bagi membaik pulih kerosakan di Gua Kelam. Dianggarkan kos membaiki kerosakan itu kira-kira RM500,000," ujarnya.
Tuesday, November 23, 2010
GUA KELAM DITUTUP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment