Click Click NOW

Tuesday, January 18, 2011

BAS KHAS WANITA DILANCARKAN

OK TO AL LADIES lepas ni kalau nak naik RAPIDKL cari yg ada STICKER PINK NI YER!!


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Perkhidmatan bas RapidKL khusus untuk penumpang wanita dilancarkan secara rasmi hari ini yang akan menyusuri 15 laluan terpilih.

Ia meliputi lapan laluan baru di mana tujuh laluan telah diperkenalkan dalam tempoh percubaan bulan lepas.

Bas itu yang tertera perkataan Bas Wanita akan beroperasi sepenuhnya mulai esok dengan dua perkhidmatan disediakan bagi setiap laluan di waktu pagi dan petang. - Bernama




Penumpang-penumpang RapidKL menggunakan perkhidmatan bas khas wanita sejak awal bulan lalu.
— Foto oleh Choo Choy May



Bas khas wanita hanya penyelesaian sementara

The Malaysian Insiders
Oleh Melissa Zavier January 17, 2011



Penumpang-penumpang RapidKL menggunakan perkhidmatan bas khas wanita sejak awal bulan lalu.
— Foto oleh Choo Choy May



Antara penumpang wanita yang menggunakan perkhidmatan bas khas wanita, membawa persekitaran baru kepada mereka. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 17 Jan — Pengalaman mencuba perkhidmatan bas wanita dari Pasar Seni ke Taman Maluri buat kali pertama menunjukkan ia tiada bezanya jika dibandingkan dengan bas biasa yang digunakan selama ini. Kita sudah lama terdedah kepada dan biasa dengan sistem pengangkutan normal.
Kini ada pilihan bagi kaum wanita.

Kelebihannya cuma tiada unsur tolak-menolak atau rebut-merebut sewaktu menaiki bas untuk mendapatkan tempat duduk.

Pelbagai persoalan timbul gara-gara “kelahiran” perkhidmatan bas wanita ini, di mana ada pihak yang berpendapat golongan lelaki secara tidak langsung dipandang serong serta didiskriminasi atas alasan gangguan seksual dialami kaum wanita ibu kota.

Ada juga yang berpendapat, langkah mengasingkan golongan wanita dan lelaki tidak semestinya dapat membendung masalah gangguan seksual kerana jalan penyelesaian mudah seperti ini langsung tidak dapat mendidik masyarakat menghargai serta menghormati kaum wanita.

Sewaktu tinjauan dalam bas khas wanita ini, penumpang wanita nyata lega kerana dapat menaiki bas tanpa digesel atau dihimpit golongan lelaki. Dari raut wajah mereka juga didapati mereka berasa amat selesa dan dihargai.

Hasil temu bual dengan beberapa wanita yang kebetulan menaiki bas khas untuk wanita dari stesen Pasar Seni mandapati mereka memuji langkah memperkenalkan bas tersebut sambil mengatakan, ia amat selesa.

Dengan sebulat suara, mereka menyatakan langkah ini dapat mengawal masalah gangguan seksual semasa menggunakan pengangkutan bas awam.

Salah seorang pengguna ditemui, Devi berkongsi pengalaman pahitnya dan anak gadisnya ketika menaiki bas biasa tidak lama dulu.

“Saya dan anak saya selalu dihimpit oleh lelaki dalam bas,” kata Devi yang pernah kehilangan dompet ketika berada di atas bas yang sarat dengan penumpang.

“Anak saya pula pernah kehilangan telefon bimbitnya dan diganggu ketika dalam perjalanan pulang dalam bas,” tambah Devi sambil meluahkan perasaan rasa bimbang dia terhadap keselamatan anak gadisnya yang terpaksa menaiki bas pada waktu puncak.

Hasil tinjauan di stesen bas Pasar Seni didapati lokasi tersebut tidak dapat menampung bas tambahan, lebih-lehih lagi ruang yang mencukupi untuk bas mengangkut dan menurunkan penumpang.

Ada juga saat di mana penumpang terpaksa berlari ke tengah jalan raya untuk menaiki bas hanya kerana tiada ruang untuk bas tersebut untuk berhenti.

Suasan tersebut sungguh kucar-kacir dan tidak sistematik walaupun dengan kehadiran kakitangan bahagian operasi kenderaan syarikat bas RapidKL.

Barisan di platform U40 yang menuju ke Kajang semaking memanjang. barisan yang terdiri daripada golongan lelaki dan wanita sebenarnya hanya hentian sementara bas yang terletak di pinggir jalan.

Melihat sebuah bas khas wanita menuju ke platform U40, segelintir golongan lelaki dengan rasa tidak puas hati terpaksa berundur ke belakang untuk memberi ruang kepada golongan wanita untuk menaiki bas tersebut.

Apabila bertanya akan pendapat golongan lelaki tentang bas wanita, mereka berkata, kewujudan bas tambahan wanita telah melambatkan lagi perjalanan mereka.

Ada juga yang terkilan kerana langkah memperkenalkan bas wanita dianggap satu diskriminasi terhadap golongan lelaki serta memberikan imej yang buruk terhadap mereka.

Rizal pada misalnya meluahkan rasa tidak senangnya sambil berkata, perjalanannya terjejas 30 minit sejak pengenalan bas wanita.

“Dunia ini bukan milik wanita sahaja,” katanya.

“Kaum lelaki pun ada yang kena samun dan terdedah kepada masalah gangguan seksual. Kenapa tidak ada bas lelaki? Bukankah ini satu diskriminasi?” katanya sambil bergegas menaiki bas yang ditunggu kira-kira 30 minit.

Masalah gangguan seksual harus dipandang serius oleh semua pihak supaya tidak mendatangkan kesan buruk kepada wanita mahupun golongan lelaki.

Apa yang perlu dilakukan ialah mewujudkan persekitaran bebas daripada gangguan seksual, yang mampu menjamin keselamatan masing-masing pada jangka masa yang panjang.

Berbalik kepada isu bas wanita, keselamatan wanita tidak patut berakhir dalam bas sahaja, malah keselamatan di hab bas mesti diambil kira juga.

Menurut Ivy Josiah dari Pertubuhan Pertolongan Wanita, idea bas wanita memang mendapat sambutan popular pada masa kini tetapi ia bukan jalan penyelesaian untuk tempoh panjang.

“Idea sebegini amat membimbangkan kerana ia mungkin berakhir dengan pembukaan tempat riadah seperti panggung wayang berasingan untuk golongan wanita dan lelaki kelak,” kata beliau.

Berlandaskan kempen “Lebih Selesa, Lebih Selamat” yang diusahakan RapidKL, ia bertujuan untuk memastikan golongan wanita dapat menikmati perjalanan ke destinasi masing-masing dengan lebih selamat terutamanya pada waktu puncak.

Pengenalan bas sebegini diharap memberi harapan baru kepada golongan wanita supaya berasa selamat dan bebas dari gangguan seksual tidak lagi berlaku - di dalam bas RapidKL.

Perkhidmatan percubaan Bas Wanita Rapid yang bermula dari 1 hingga 31 Disember lalu melibatkan tujuh laluan bas berpenumpang tinggi. 

Terdapat dua perkhidmatan bas waktu pagi iaitu pukul 6.45 pagi dan 7.30 pagi dan dua perkhidmatan bas pada waktu petang iaitu pada pukul 6 petang dan 6.45 petang setiap hari. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat

Laluan Puaka KARAK



KRU Studios keluar dengan filem seram terbaru dan pertama arahan Yusri Abdul Halim, "Karak". Menceritakan empat pelajar kolej yang ingin pulang ke Kuantan setelah berhibur di Kuala Lumpur. Dalam perjalanan pulang, mereka tersangkut dalam kesesakan jalan raya dan telah mengambil keputusan menggunakan jalan singkat. Semasa menggunakan jalan singkat tersebut macam-macam perkara telah berlaku dan mereka telah terserempak dengan Volkswagen berhantu yang berada disitu.

Antara pelakon yang terlibat dalam "Karak" ialah Shahir, Sheera Ayob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussien. Filem yang diadaptasi dari kisah benar ini telah ditulis oleh Norman KRU dan bakal ditayangkan tahun ini. Mari kita saksikan treler "Karak"


Jupe (RATU COLI LASER) VS depe (DEWI PERSSSIK).flv




Video rakaman pergaduhan 2 aktres kontroversi, Julia Perez & Dewi Perssik berdurasi 4:31 minit memecah keheningan warga Indonesia yang tertanya-tanya akan motif kejadian tersebut.
Menurut sumber, Dewi Perssik tak puas ati bila boypren Julia Perez, Gaston Castano ingin menunjukkan bukti rakaman di sebalik tabir filem Arwah Goyang Karawang yang menjadi penyebab permasalahannya dengan Julia Perez.
Dalam video pergaduhan tersebut, Dewi Perssik dilihat menahan Julia Perez, namun tiba-tiba Julia Perez membalas tindakan Dewi Perssik dengan menjatuhkan serta mencekik aktres seksi ini. Julia Perez menghempap Dewi Perssik namun dapat ditolak olehnya sehingga mampu berdiri semula. (macam gusti wwf giteww akakakaakaka)
Kemudian, kedua-dua aktress ini tidak dapat menahan sabar lantas beraksi persis 2 orang wanita seksi dalam Tekken 4 yang cuba menewaskan satu sama lain. Awesome Catfight!

GAMBAR Perkahwinan Rebecca Nur Islam & Azam Daripada JanggutTouch

Nice pictures fr. Janggut Touch!! Korang tengok lah cantik sgt moment wedding Rebecca & Azam. Sesiapa berkenan leh contact Tok Janggut











nak tengok lebih photo tros ke blog Jangguttouch ya!

Monday, January 17, 2011

KHURAFAT kutip 2.5 juta dalam masa 4 hari !


Setelah empat hari ditayangkan dipawagam, filem KHURAFAT telah mengutip sebanyak 2.5 juta dari hari pertama tayangan sehingga semalam (Ahad). Ini boleh dikatakan satu kutipan yang banyak dalam tempoh yang singkat. Dengar cerita dari hari pertama tayangan pawagam semua "Full House".
Berikut komen dari pengarah dan pelakon filem KHURAFAT- Syamsul Yusof tentang kejayaan filem ini.
"Saya berasa bersyukur kerana filem pertama seram saya mendapat sambutan yang sangat luar biasa bagi saya. Pada hari pertama filem ini di tayangkan di pawagam saya rasa terlalu takut tidak mendapat sambutan tetapi saya percaya filem ini mempunyai kekuatan dan keistimewaannya yang tersendiri dan ia terbukti dengan mencapai kutipan 2.5 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

"Saya juga ada turun padang untuk melihat sendiri sambutan terhadap filem KHURAFAT. Selama empat hari berturut-turut saya pergi dan membuat kejutan kepada penonton di pawagam sekitar Kuala Lumpur antaranya Mid Valley dan KLCC. Apa yang mengejutkan saya, bukan sahaja kaum Melayu tapi kaum Cina dan India juga turut menonton filem ini.

"Lagi mengejutkan saya ialah ada sesorang gadis cina menonton filem ini sampai menangis. Saya memang terkejut dan tak sangka sampai macam tu sekali", Syamsul yang sekarang tengah sibuk dengan penggambaran filem terbarunya iaitu "Jalan Kembali : Bohsia 2" yang baru memulakan penggambaran pada hari ini.

Siapa yang belum lagi menonton filem KHURAFAT, cepat pergi tengok memang tidak rugi dan filem ini memang best.


Sumber: tupai!

Puteri Lily Lokman Tanpa Make-Up Dan Kini Mengandung Buat Kali Kedua

Pernah anda lihat Puteri Lily Lokman dengan wajah tanpa make-up? Pernah? Kami yakin tidak kerana make-up tebal dengan Puteri Lily Lokman bagai aur dengan tebing.
Tetapi, make-up tebal Puteri Lily Lokman bukan isu besar dalam entri ini, kami hanya mahu kongsikan berita baik dari pasangan suami isteri ini.
Menurut Aziz M Osman, isterinya, Puteri Lily Lokman, 21, telah disahkan hamil buat kali kedua baru-baru ini selepas kandungan pertama mengalami keguguran tidak lama dahulu.
Pasangan ini di’jangka menyambut orang baru dalam hidup mereka pada 31 Ogos ini di’mana seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Puasa.
Tahniah buat Aziz M Osman & Puteri Lily Lokman atas kandungan baru ini. Jaga diri semoga peristiwa sebelum ini tidak berulang. Peace!

kredit :- rotikaya

SUP PENGKALAN KUBOR - GARENTI SODAP!

tak terkata breakfast hari ni...SEDAP!..MEATBALL NYER HMMMMMMMM BESTTT!! 


SAPA2 NAK TRY..LEH CARI KAT TAMAN KOSAS, AMPANG, DEKAT NGAN AREA TANAH PERKUBURAN.
FRIDAY CLOSED.
SATURDAY SUNDAY... Q YA!! 




Ahmad Dhani Bakal Jadi Pengetua AF9?


Berita ini belum sah, namun daripada sumber yang dipercayai ada menyatakan bahawa Ahmad Dhani mungkin bakal calon pengetua untuk Akademi Fantasia 9 (AF9). Sebelum ini, Ahmad Dhani yang mengetuai band Dewa 19 pernah mengumumkan untuk bekerjasama dengan siri realiti tv Malaysia demi mencari pengganti vokalis mereka, Once. Mungkin, impian Ahmad Dhani untuk mencari vokalis baru Dewa 19 akan tercapai apabila dilantik sebagai pengetua AF9?
Ketika berlangsungnya sidang akhbar Khamis lepas di Duo Apartment, pihak AF9 banyak kali diajukan pelbagai soalan mengenai bakal pengetua AF9 yang dikatakan daripada seberang. Antara nama lain yang timbul ialah komposer terkenal Indonesia, Erwin Gutawa, juga bapa kepada penyanyi muda berbakat besar, Gita Gutawa (Kembang Perawan).
Kalau diikutkan daripada senario elemen Indonesia dalam hiburan tempatan, komposer seperti Ari Lasso & Melly Goeslow juga mempunyai potensi untuk dijadikan pengetua AF9. Kebanyakan lagu mereka pernah menjadi hits di Malaysia, kami tak menolak kemungkinan besar mereka berdua turut diintai oleh pihak AF9.
Imbas kembali, Akademi Fantasia sebelum ini pernah mengambil Ramli MS dan Ramli Sarip sebagai pengetua, kedua-duanya berasal daripada Singapura. Jadi, bukan satu masalah untuk orang kita menerima pula pengetua daripada Indonesia.
Ada bagus juga diambil pengetua AF9 daripada negara seberang. Bukan apa, kebanyakan kegagalan artis Malaysia untuk menembusi pasaran Indonesia disebabkan mereka tidak bersedia dari segi mental, terutamanya untuk melawan segala gosip panas media di sana. Serius, media Indonesia bukan main-main, lagi hebat terjahnya daripada Melodi.
Tidak dinafikan, pasaran Indonesia memang luas dengan jumlah penduduk melebihi 200 juta. Daripada apa yang kami faham, tahun lepas band Samson sahaja membuat lebih 500 persembahan dalam setahun, itu hanya di Indonesia! Bayangkan, betapa besarnya pasaran mereka?

sumber: Ohbulan

Sunday, January 16, 2011

4 Dalam 1 dari "Sini Ada Hantu"


"Sini Ada Hantu" merupakan sebuah filem seram yang mempunyai empat cerita dalamnya. Akan ditayangkan pada Februari 2011, filem ini merupakan lagi satu hasil dari pengarah James Lee.

Dilakonkan oleh Fasha Sandha, Pete Teo,  Baki Zainal, Alvin Wong dan Eira Syazira, filem ini menceritakan Ah Meng dan Bakri yang dalam perjalanan menghantar keranda. Untuk mengisi kekosongan malam mereka telah bercerita tentang cerita-cerita seram.

Sebelum menantikan kehadiran "Sini Ada Hantu", mari kita lihat gambar disebalik tabirnya.















 kredit TUPAI

Sharifah Amani Sebagai Pelacur Dalam Filem Jepun, Liberating Of Soul

 
Sebelum ini, Sharifah Amani pernah mengumumkan di Twitter bahawa dia menerima tawaran daripada produser filem Jepun untuk sebuah filem yang dirahsiakan.
Actually its a Japs Film . Filem yang diberi nama "Liberating Of Soul" baru je selesai penggambarannya pada Disember 2010 yang lalu. Projek filem 'indiependant' dari Jepun ini telah diarahkan oleh Hasao Takato.
Filem ini berkisarkan 2 warganegara Jepun datang ke Malaysia atas kehendak sendiri. Tatsumi (Aki) merupakan seorang ahli perniagaan yang menghadapi kegagalan dalam perniagaan & bakal bankrap ini telah bercadang untuk membunuh diri supaya kaum keluarganya boleh mendapat wang pampasan insuran. Ditakdirkan Tatsumi telah berjumpa dengan seorang lelaki bernama Saijo (Mikawa) yang akan menjadi saksi kematian Tatsumi dengan syarat bahawa Tatsumi mesti bersetuju untuk mencari seseorang yang penting di Malaysia.
Sampai di Malaysia, mereka berjumpa dengan seorang pelacur, Rin (Sharifah Amani) dan menjelajah seluruh Kedah untuk mencari rakan misteri Saijo.

 
“Liberating Of Soul” telah di lakonkan oleh Aki, Misawa, Sharifah Amani dan Bront Palarae. 
 Krew-krew dari Malaysia juga turut terlibat dalam tenaga produksi ini.



kredit to OhBulan & Tupai.

Penghijrahan terbesar Radhi OAG


INSAF... Radhi menandatangani perjanjian menjalani pemulihan sambil diperhatikan pegawai Pengasih, Razak Mohd.

KUALA LUMPUR: Radhi OAG atau nama sebenarnya Muhd Radhi Razali,33, yang mengaku penangan dadah yang diambil sejak 1997 memusnahkan hidup dan kariernya, memasuki pusat pemulihan kelolaan Pengasih sejak Isnin lalu.Enggan menuding jari kepada sesiapa, Radhi mengaku semua ini adalah silapnya. Dia tidak kuat melawan najis yang meragut banyak nyawa itu hinggalah berdepan musibah bertimpa-timpa tahun lalu.
Dia tidak mahu tabiat buruknya itu mengecewakan anak tunggalnya, menyebabkan naluri meronta-ronta mahu melakukan penghijrahan terbesar da lam hidupnya.Berkat dorongan ramai dan atas rasa suka rela, Isnin lalu dia secara rasmi menjadi ahli keluarga baru Pengasih.
“Saya nekad dan memandu sendiri ke Pengasih. Syukur, Allah SWT masih beri saya peluang berpijak dalam industri. Saya sifatkan ini peluang terakhir.
“Sungguh... saya menyesal. Saya asyik ulang kesilapan sama dan sebagai bapa, ia tidak sepatutnya berlaku. Kegagalan rumah tangga, kehidupan peribadi yang kucar-kacir dan ketidakstabilan karier menyedarkan saya.

“Saya tidak mahu anak membesar dalam suasana tidak sihat. Pasti hatinya hancur jika saya hanyut dalam kancah sosial.
“Lima tahun saya hilang daripada industri disebabkan tabiat buruk ini. Pernah sebelum ini saya cuba bebaskan diri daripada dadah dengan mengikuti beberapa program pemulihan, tapi tak berjaya. Mungkin masuk Pengasih jalan terbaik.
“Lagipun Pengasih badan profesional dan diiktiraf pelbagai pihak. April lalu, Pengasih pernah tawarkan saya mendapatkan rawatan tetapi saya tolak kerana yakin mampu mengatasi sendiri masalah ketagihan ini.
“Bagaimanapun, saya gagal dan diharap keputusan yang saya ambil kali ini boleh pisahkan terus saya daripada dadah,” katanya kepada Metro Ahad.
Menjadikan penyanyi tersohor, Jamal Abdillah sebagai mentor, dia yakin usaha disusuli doa pasti membuahkan hasil positif.
Sikap terbuka Jamal sedikit sebanyak menyuntik keberanian dalam hatinya untuk berterus-terang dan telus dengan masyarakat.
“Setidak-tidaknya saya tidak menipu diri sendiri dan peminat. Ramai artis di Malaysia berdepan masalah seperti saya, tapi mereka hipokrit. Mereka sanggup simpan masalah ini sendirian hingga memakan diri sendiri.
“Saya tidak malu mengaku saya ambil dadah. Sebagai penyanyi, saya hak masyarakat dan menjadi tanggungjawab saya berkongsi cerita ini dengan mereka. Saya tidak melihat ia sebagai perkara mengaibkan.
“Sepanjang di Pengasih, saya akan berkongsi pengalaman supaya ia dapat jadi iktibar dan dalam masa sama memangkin semangat penagih tegar lain untuk sama-sama membebaskan diri daripada cengkaman dadah.
“Jika tiada aral, saya akan abadikan pengalaman saya dalam buku berjudul Seksa Dada dan Rock n Roll. Diharap dalam Pengasih nanti saya dapat berkongsi lebih banyak tips dengan Abang Jamal,” katanya.
Radhi berkata, dia berterima kasih kepada keluarga, bekas isteri, Shazlin Sharif, anak, Mohd Rifdhi Muslim, rakan dan peminatnya yang sentiasa memberi sokongan sehingga menguatkan semangatnya untuk menjalani pemulihan di Pengasih.
“Saya juga mahu memohon maaf di atas segala perlakuan dan masalah yang saya timbulkan sebelum ini. Kepada keluarga, rakan, individu dalam industri muzik dan wartawan... maafkan saya,” katanya.
Ditanya pengalamannya di Pengasih, Radhi mengakui pada peringkat awal sememangnya mencabar, namun tekadnya untuk berubah membuatkan dia bersedia mendepani cabaran yang dilalui.
“Mental kena kuat, tetapi saya tenang di sini. Selain mahu meninggalkan terus dadah, saya juga mahu mendalami ilmu agama yang saya abaikan sebelum ini, termasuk belajar mengaji,” katanya.
Pelakon Antoo Fighter ini tidak ketinggalan menzahirkan rasa syukur apabila Warner Music Malaysia sudi melamarnya sebagai artis syarikat rakaman biarpun kerjaya seninya tercalar teruk dek penangan dadah.
Kepercayaan diberikan syarikat rakaman itu secara tidak langsung melahirkan semangat baru dalam dirinya untuk tampil lebih serius selepas ini.
Kata Radhi, dia sudah merakam beberapa lagu dan single akan diperdengarkan selepas kontrak bersama Warner ditandatangani.
“Saya berbesar hati dengan keyakinan diberi Warner. Mereka faham keadaan saya yang memerlukan sokongan mental dan spiritual. Barangkali pengalaman menjaga Jamal selama lima tahun memudahkan mereka berurusan dengan saya.
“Setakat ini saya selesa dengan Warner. Sebelum keluar dengan album penuh, saya akan hasilkan album kompilasi terlebih dulu. Anggaplah ia sebagai salam pengenalan saya apabila kembali aktif di persada muzik tanah air.
“Biarpun bermastautin di Pengasih, aktiviti seni saya akan berjalan seperti biasa. Saya akan menjayakan persembahan dan merakam lagu di studio tetapi dengan kawalan ketat pekerja Pengasih. Dalam keadaan sekarang, saya perlukan orang untuk mengawasi saya.
“Mohon saya pada rakyat Malaysia, doakanlah saya pulih sepenuhnya. Moga keputusan saya masuk Pengasih menjadi ikutan penagih lain,” katanya yang kini menemui cinta baru.

Saturday, January 15, 2011

Fakta Menarik Tentang Anugerah Juara Lagu 25, Epic Win & Fail

  • Klon Ziana Zain dapat hall of fame selama 5 minit yang tidak ditayangkan di kaca tv, hanya khas untuk penonton di stadium. Ketika itu, Ziana Zain sedang mempersembahkan lagunya di pentas, berlawan-lawan dua kembar tak seiras ini.
  • Persembahan dimulakan oleh artis veteran kegilaan ramai iaitu Francesca Peter, Nash & M. Nasir. Macam nak jatuh bumbung stadium dek jeritan penonton, kami pun kering tekak jerit kuat-kuat.
  • Aksi Faizal Tahir ketika lagu Hanyut benar-benar mengetar badan. Faizal Tahir betul-betul terjun ke dalam tangki dan sambung menyanyi semula. Tak sejuk ke bro?
  • Baju kurung yang dipakai oleh Ana Raffali boleh dibuka dalam masa beberapa saat. Ala-ala kasut zaman sekolah rendah guna velcro, zip zap.
  • Bunyi tembakan untuk persembahan Hafiz & A.P.I betul-betul mengejutkan kami. Ada orang disebelah kami pucat muka apabila tembakan dilepaskan ketika persembahan Hafiz. 
  • Susunan skor muzik dan lighting AJL memang terbaik! Menurut orang Tv3, mereka menggunakan sistem SD7, sebuah konsol digital terkini yang kami pun tak tau apa fungsinya. Kalau PS3 boleh juga kami sembang lebat dari A-Z.
  • Video tiru gaya artis Misha Omar memang epic win. Terbarai kami gelak-gelak sebab si produser filem memang teliti meniru gaya Misha Omar. Terutamanya yang tang jari dan aksi hentak-hentak kaki. Fuh!
Sebiji bola disko pecah jatuh berderai ketika persembahan Sharifah Aini. Nasib baik tak hinggap kepala orang, kalau tak sia-sia Tv3 kena saman.
Kredit to OhBulan!
  • Ketika persembahan Siti Nurhaliza, seorang penari tersangkut di tali sampai orang di bawah pentas kena tolong bukakan. Haru juga’lah.
  • Kemenangan Ana Raffali mula-mula disambut dengan sorakan, namun di sebelah sana timbul pula bunyi boo dan kekecohan daripada penonton yang tidak puas hati. Kelihatan ramai penonton yang keluar daripada stadium, tak sporting’lah beb!
  • Ada orang yang mengelarkan keputusan Anugerah Juara Lagu 25 adalah sampah. Agak kasar bunyinya, kami pun terdiam sejenak.
Kredit to OhBulan!

GAMBAR KAWIN Rebecca Nur Islam


KAD JEMPUTAN   


Tahniah!  kepada Rebecca Nur Islam yang telah selamat diijabkabulkan dengan Azam Datuk Sulaiman pada hari ini iaitu 14 Januari 2011 dirumah barunya di Ampang, Selangor.

Rebecca Nur Islam, 24tahun berkahwin dengan Nor Azam Datuk Sulaiman, 42tahun seorang duda dengan dua orang anak dan juga merupakan seorang peguam.

Rebecca Nur Islam akan mengadakan sambutan perkahwinannya selama tiga hari berturut-turut bermula dengan pernikahannya hari ini. Diikuti dengan majlis resepsi berkonsepkan tradisional di Hotel Flamingo, Ampang pada 15 Januari.

Pada 16 Januari 2011 Rebecaa Nur Islam akan mengadakan masjlis resepsi di Menara Kuala Lumpur berkonsep Inggeris, di mana hanya 250 tetamu sahaja yang akan hadir. Rebecca akan memakai barang kemas tajaan Chopard semasa majlis resepsi di Menara KL nanti. 

  • bercinta selama 3 tahun sebelum berkahwin
  • bertunang setengah jam sebelum akad nikah
  • mas kahwin RM333.33
  • hantaran - dirahsiakan
  • persalinan direka oleh Calvin Thoo
  • dandanan Saidatulnisa Aminuddin
  • honeymoon pada 14 Februari 2011
  • lokasi bulan madu - london dan paris
  • berbulan madu setelah genap 1 bulan berkahwin

 

Arca seni... ADULT ONLY! FR SINGAPORE!

 
A MALE artist who poses nude has become a hit at an art exhibition in Singapore.

Sin Chew Daily reported that more than 350 people, 70% of them women, had taken pictures with T. Venkanna who sat in a booth in front of a painting by Mexican artist Frida Kahlo titled “The Two Fridas” – which shows two women seated and holding hands.

Venkanna, from Hyderabad in India, was featured as part of a “performance” at the Art Stage Singapore exhibition being held at Marina Bay Sands until Sunday.

Venkanna said many people did not dare stare at him for long as they were too shy.


He also said he felt respected and visitors did not ridicule him.

The daily reported that the event organiser had sought permission from the Media Development Authority for the exhibit featuring Venkanna in the nude.

An organiser said measures were taken to block the exhibit from general view by putting a veil around the booth.

It was not reported if Venkanna displayed any of his own works at the exhibition.

AF9 Penutup Akademi Fantasia



Lapan tahun bersiaran di Saluran Astro Ria, kini program realiti nombor satu negara, Akademi Fantasia (AF) muncul kembali untuk meneruskan pencarian bakat-bakat baru seperti mana yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya.

Namun, kemunculan AF kali ini merupakan rancangan terakhir, di mana ia tidak akan diteruskan lagi pada tahun-tahun hadapan.

Mengambil keputusan untuk menutup program realiti ini setakat di musim kesembilan sahaja, pengurus saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi ini berkata, program yang saduran daripada rancangan Mexico, Le Akedemia ini terpaksa direhatkan selama-lamanya bagi memberi peluang untuk program lain ditayangkan di Astro Ria.

"Bukan kerana AF sudah tidak mempunyai peminat ataupun sudah tidak mampu untuk bersaing dengan program-program lain, tetapi ia direhatkan kerana kami mahu memberi peluang pada program-program lain untuk memulakan siarannya di Astro Ria," jelas Azlin yang juga menafikan faktor utama AF direhatkan selepas ini adalah kerana undian SMS yang semakin berkurangan.

AF9 Tampilkan Kelainan

Memberi peluang untuk orang ramai menguji bakat mereka untuk menyertai keluarga terakhir AF9, Azlin juga menjanjikan kelainan untuk setiap minggu konsert AF9 nanti.

"Kami akan bawakan kejutan-kejutan menarik disetiap konsert AF9 daripada minggu pertama hinggalah terakhir, di setiap konsert akan merangkumkan kembali nastolgia-nastolgia lama sejak AF1 hingga AF8.

"Kami mengimbas kembali apa yang pernah berlaku sepanjang musim AF untuk paparan peminat-peminat setia AF, yang selama ini banyak menyokong," luah Azlin.

Ujibakat Online

Melihat pada kejayaan beberapa artis popular negara yang memulakan langkah mereka menerusi klip video yang di letakkan di dalam laman web You Tube, seperti Yuna dan Ana Raffali, AF9 turut memperkenalkan cara baru mereka untuk menjalankan ujibakat iaitu melalui online.

"Mungkin ramai yang tidak berkesempatan untuk hadir ujibakat kami ataupun tidak mempunyai masa yang banyak untuk beratur panjang ketika uji bakat berlangsung. Jadi memandang kemudahan teknologi yang semakin meluas, kami turut mengambil penyertaan mereka yang memuat turun klip video nyanyian mereka di laman web kami iaitu di www.akademifantasia.com.my," jelas Azlin.

Pengetua Erwin Gutawa?

Mengumumkan bakal mengambil pengetua yang terkenal di serantau Asia, Azlin bagaimanapun enggan memberi komen ketika ditanya sama ada komposer terkenal Indonesia, Erwin Gutawa bakal menjadi pengetua AF9 nanti.

"Kami mahu beri yang terbaik untuk konsert terakhir ini dan menjanjikan pengetua yang terkenal di rantau Asia serta hos yang sememangnya terkenal.
"Apa yang pasti kami mahu AF9 menjadi satu memori yang indah untuk semua peminat AF," kata Azlin

Azwan Ali Melahar Ummi Hafilda Dalam Twitter

 
 
 
sapa salah sape benar tu , cume mereka-mereka yang terlibat je tau… Kisah Ummi Hafilda nak saman 700juta pada individu-individu berpengaruh kat Malaysia ni dah termasuk di dada akhbar…

Ana Raffali ikon Jabatan Muzium

 

Saturday, January 15, 2011



KUALA LUMPUR - Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL 25), Ana Raffali yang sentiasa menampilkan diri dengan berpakaian baju kurung dan kebaya akan dijadikan ikon program tertentu Jabatan Muzium Malaysia (JMM).
Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Ismail berkata, pihak pengurusan Ana Raffali telah pun secara dasarnya bersetuju untuk penyanyi muda itu dijadikan ikon bagi program-program yang akan dijalankan oleh jabatan itu di 21 buah muzium bawah pengurusannya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi memperjelaskan laporan semalam yang mengatakan Jabatan Muzium menawarkan Ana Raffali sebagai ikon setem sempena pameran setem 1Malaysia 1Dunia yang sedang diadakan di Muzium Negara.


TIPU TIPU TIPU

 
PPIM lancar blog Tipu, Tipu, Tipu

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini melancarkan sebuah blog yang memaparkan maklumat mengenai penipuan melibatkan syarikat pelaburan, jualan langsung, pemasaran pelbagai aras (MLM) dan peniagaan dalam talian kepada pengguna.

Pengguna boleh menyemak maklumat di blog yang dinamakan ‘Tipu, Tipu, Tipu’ itu menerusi http://forumsemak.blogspot.com/ yang memaparkan laporan mengenai pelbagai jenis penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab daripada serendah RM20 sehingga bernilai jutaan ringgit.

Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, blog itu dapat membantu orang ramai mengenal pasti syarikat-syarikat yang dilaporkan terlibat dengan penipuan dan penyelewengan.
‘‘Saya harap orang ramai akan semak dahulu laporan penipuan ini sebelum membeli atau menerima tawaran menarik daripada sesebuah syarikat,” katanya ketika berucap merasmikan blog itu di sini hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK