Click Click NOW

Tuesday, January 18, 2011

BAS KHAS WANITA DILANCARKAN

OK TO AL LADIES lepas ni kalau nak naik RAPIDKL cari yg ada STICKER PINK NI YER!!


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Perkhidmatan bas RapidKL khusus untuk penumpang wanita dilancarkan secara rasmi hari ini yang akan menyusuri 15 laluan terpilih.

Ia meliputi lapan laluan baru di mana tujuh laluan telah diperkenalkan dalam tempoh percubaan bulan lepas.

Bas itu yang tertera perkataan Bas Wanita akan beroperasi sepenuhnya mulai esok dengan dua perkhidmatan disediakan bagi setiap laluan di waktu pagi dan petang. - Bernama




Penumpang-penumpang RapidKL menggunakan perkhidmatan bas khas wanita sejak awal bulan lalu.
— Foto oleh Choo Choy May



Bas khas wanita hanya penyelesaian sementara

The Malaysian Insiders
Oleh Melissa Zavier January 17, 2011



Penumpang-penumpang RapidKL menggunakan perkhidmatan bas khas wanita sejak awal bulan lalu.
— Foto oleh Choo Choy May



Antara penumpang wanita yang menggunakan perkhidmatan bas khas wanita, membawa persekitaran baru kepada mereka. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 17 Jan — Pengalaman mencuba perkhidmatan bas wanita dari Pasar Seni ke Taman Maluri buat kali pertama menunjukkan ia tiada bezanya jika dibandingkan dengan bas biasa yang digunakan selama ini. Kita sudah lama terdedah kepada dan biasa dengan sistem pengangkutan normal.
Kini ada pilihan bagi kaum wanita.

Kelebihannya cuma tiada unsur tolak-menolak atau rebut-merebut sewaktu menaiki bas untuk mendapatkan tempat duduk.

Pelbagai persoalan timbul gara-gara “kelahiran” perkhidmatan bas wanita ini, di mana ada pihak yang berpendapat golongan lelaki secara tidak langsung dipandang serong serta didiskriminasi atas alasan gangguan seksual dialami kaum wanita ibu kota.

Ada juga yang berpendapat, langkah mengasingkan golongan wanita dan lelaki tidak semestinya dapat membendung masalah gangguan seksual kerana jalan penyelesaian mudah seperti ini langsung tidak dapat mendidik masyarakat menghargai serta menghormati kaum wanita.

Sewaktu tinjauan dalam bas khas wanita ini, penumpang wanita nyata lega kerana dapat menaiki bas tanpa digesel atau dihimpit golongan lelaki. Dari raut wajah mereka juga didapati mereka berasa amat selesa dan dihargai.

Hasil temu bual dengan beberapa wanita yang kebetulan menaiki bas khas untuk wanita dari stesen Pasar Seni mandapati mereka memuji langkah memperkenalkan bas tersebut sambil mengatakan, ia amat selesa.

Dengan sebulat suara, mereka menyatakan langkah ini dapat mengawal masalah gangguan seksual semasa menggunakan pengangkutan bas awam.

Salah seorang pengguna ditemui, Devi berkongsi pengalaman pahitnya dan anak gadisnya ketika menaiki bas biasa tidak lama dulu.

“Saya dan anak saya selalu dihimpit oleh lelaki dalam bas,” kata Devi yang pernah kehilangan dompet ketika berada di atas bas yang sarat dengan penumpang.

“Anak saya pula pernah kehilangan telefon bimbitnya dan diganggu ketika dalam perjalanan pulang dalam bas,” tambah Devi sambil meluahkan perasaan rasa bimbang dia terhadap keselamatan anak gadisnya yang terpaksa menaiki bas pada waktu puncak.

Hasil tinjauan di stesen bas Pasar Seni didapati lokasi tersebut tidak dapat menampung bas tambahan, lebih-lehih lagi ruang yang mencukupi untuk bas mengangkut dan menurunkan penumpang.

Ada juga saat di mana penumpang terpaksa berlari ke tengah jalan raya untuk menaiki bas hanya kerana tiada ruang untuk bas tersebut untuk berhenti.

Suasan tersebut sungguh kucar-kacir dan tidak sistematik walaupun dengan kehadiran kakitangan bahagian operasi kenderaan syarikat bas RapidKL.

Barisan di platform U40 yang menuju ke Kajang semaking memanjang. barisan yang terdiri daripada golongan lelaki dan wanita sebenarnya hanya hentian sementara bas yang terletak di pinggir jalan.

Melihat sebuah bas khas wanita menuju ke platform U40, segelintir golongan lelaki dengan rasa tidak puas hati terpaksa berundur ke belakang untuk memberi ruang kepada golongan wanita untuk menaiki bas tersebut.

Apabila bertanya akan pendapat golongan lelaki tentang bas wanita, mereka berkata, kewujudan bas tambahan wanita telah melambatkan lagi perjalanan mereka.

Ada juga yang terkilan kerana langkah memperkenalkan bas wanita dianggap satu diskriminasi terhadap golongan lelaki serta memberikan imej yang buruk terhadap mereka.

Rizal pada misalnya meluahkan rasa tidak senangnya sambil berkata, perjalanannya terjejas 30 minit sejak pengenalan bas wanita.

“Dunia ini bukan milik wanita sahaja,” katanya.

“Kaum lelaki pun ada yang kena samun dan terdedah kepada masalah gangguan seksual. Kenapa tidak ada bas lelaki? Bukankah ini satu diskriminasi?” katanya sambil bergegas menaiki bas yang ditunggu kira-kira 30 minit.

Masalah gangguan seksual harus dipandang serius oleh semua pihak supaya tidak mendatangkan kesan buruk kepada wanita mahupun golongan lelaki.

Apa yang perlu dilakukan ialah mewujudkan persekitaran bebas daripada gangguan seksual, yang mampu menjamin keselamatan masing-masing pada jangka masa yang panjang.

Berbalik kepada isu bas wanita, keselamatan wanita tidak patut berakhir dalam bas sahaja, malah keselamatan di hab bas mesti diambil kira juga.

Menurut Ivy Josiah dari Pertubuhan Pertolongan Wanita, idea bas wanita memang mendapat sambutan popular pada masa kini tetapi ia bukan jalan penyelesaian untuk tempoh panjang.

“Idea sebegini amat membimbangkan kerana ia mungkin berakhir dengan pembukaan tempat riadah seperti panggung wayang berasingan untuk golongan wanita dan lelaki kelak,” kata beliau.

Berlandaskan kempen “Lebih Selesa, Lebih Selamat” yang diusahakan RapidKL, ia bertujuan untuk memastikan golongan wanita dapat menikmati perjalanan ke destinasi masing-masing dengan lebih selamat terutamanya pada waktu puncak.

Pengenalan bas sebegini diharap memberi harapan baru kepada golongan wanita supaya berasa selamat dan bebas dari gangguan seksual tidak lagi berlaku - di dalam bas RapidKL.

Perkhidmatan percubaan Bas Wanita Rapid yang bermula dari 1 hingga 31 Disember lalu melibatkan tujuh laluan bas berpenumpang tinggi. 

Terdapat dua perkhidmatan bas waktu pagi iaitu pukul 6.45 pagi dan 7.30 pagi dan dua perkhidmatan bas pada waktu petang iaitu pada pukul 6 petang dan 6.45 petang setiap hari. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat

1 comment:

man yusoef said...

kenapa tiada bas untuk lelaki juga...diskriminasi btol...hahahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK