Click Click NOW

Monday, January 17, 2011

Ahmad Dhani Bakal Jadi Pengetua AF9?


Berita ini belum sah, namun daripada sumber yang dipercayai ada menyatakan bahawa Ahmad Dhani mungkin bakal calon pengetua untuk Akademi Fantasia 9 (AF9). Sebelum ini, Ahmad Dhani yang mengetuai band Dewa 19 pernah mengumumkan untuk bekerjasama dengan siri realiti tv Malaysia demi mencari pengganti vokalis mereka, Once. Mungkin, impian Ahmad Dhani untuk mencari vokalis baru Dewa 19 akan tercapai apabila dilantik sebagai pengetua AF9?
Ketika berlangsungnya sidang akhbar Khamis lepas di Duo Apartment, pihak AF9 banyak kali diajukan pelbagai soalan mengenai bakal pengetua AF9 yang dikatakan daripada seberang. Antara nama lain yang timbul ialah komposer terkenal Indonesia, Erwin Gutawa, juga bapa kepada penyanyi muda berbakat besar, Gita Gutawa (Kembang Perawan).
Kalau diikutkan daripada senario elemen Indonesia dalam hiburan tempatan, komposer seperti Ari Lasso & Melly Goeslow juga mempunyai potensi untuk dijadikan pengetua AF9. Kebanyakan lagu mereka pernah menjadi hits di Malaysia, kami tak menolak kemungkinan besar mereka berdua turut diintai oleh pihak AF9.
Imbas kembali, Akademi Fantasia sebelum ini pernah mengambil Ramli MS dan Ramli Sarip sebagai pengetua, kedua-duanya berasal daripada Singapura. Jadi, bukan satu masalah untuk orang kita menerima pula pengetua daripada Indonesia.
Ada bagus juga diambil pengetua AF9 daripada negara seberang. Bukan apa, kebanyakan kegagalan artis Malaysia untuk menembusi pasaran Indonesia disebabkan mereka tidak bersedia dari segi mental, terutamanya untuk melawan segala gosip panas media di sana. Serius, media Indonesia bukan main-main, lagi hebat terjahnya daripada Melodi.
Tidak dinafikan, pasaran Indonesia memang luas dengan jumlah penduduk melebihi 200 juta. Daripada apa yang kami faham, tahun lepas band Samson sahaja membuat lebih 500 persembahan dalam setahun, itu hanya di Indonesia! Bayangkan, betapa besarnya pasaran mereka?

sumber: Ohbulan

2 comments:

FadhDeela said...

yeke??dia org malaysia ke??ish2 xptt tul :P

Meh singgah: Al Fatihah buat Arwah!

shazmonaz said...

ramai lagi rakyat malaysia yg berbakat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK