Click Click NOW

Monday, January 17, 2011

KHURAFAT kutip 2.5 juta dalam masa 4 hari !


Setelah empat hari ditayangkan dipawagam, filem KHURAFAT telah mengutip sebanyak 2.5 juta dari hari pertama tayangan sehingga semalam (Ahad). Ini boleh dikatakan satu kutipan yang banyak dalam tempoh yang singkat. Dengar cerita dari hari pertama tayangan pawagam semua "Full House".
Berikut komen dari pengarah dan pelakon filem KHURAFAT- Syamsul Yusof tentang kejayaan filem ini.
"Saya berasa bersyukur kerana filem pertama seram saya mendapat sambutan yang sangat luar biasa bagi saya. Pada hari pertama filem ini di tayangkan di pawagam saya rasa terlalu takut tidak mendapat sambutan tetapi saya percaya filem ini mempunyai kekuatan dan keistimewaannya yang tersendiri dan ia terbukti dengan mencapai kutipan 2.5 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

"Saya juga ada turun padang untuk melihat sendiri sambutan terhadap filem KHURAFAT. Selama empat hari berturut-turut saya pergi dan membuat kejutan kepada penonton di pawagam sekitar Kuala Lumpur antaranya Mid Valley dan KLCC. Apa yang mengejutkan saya, bukan sahaja kaum Melayu tapi kaum Cina dan India juga turut menonton filem ini.

"Lagi mengejutkan saya ialah ada sesorang gadis cina menonton filem ini sampai menangis. Saya memang terkejut dan tak sangka sampai macam tu sekali", Syamsul yang sekarang tengah sibuk dengan penggambaran filem terbarunya iaitu "Jalan Kembali : Bohsia 2" yang baru memulakan penggambaran pada hari ini.

Siapa yang belum lagi menonton filem KHURAFAT, cepat pergi tengok memang tidak rugi dan filem ini memang best.


Sumber: tupai!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK