Click Click NOW

Saturday, January 15, 2011

TIPU TIPU TIPU

 
PPIM lancar blog Tipu, Tipu, Tipu

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini melancarkan sebuah blog yang memaparkan maklumat mengenai penipuan melibatkan syarikat pelaburan, jualan langsung, pemasaran pelbagai aras (MLM) dan peniagaan dalam talian kepada pengguna.

Pengguna boleh menyemak maklumat di blog yang dinamakan ‘Tipu, Tipu, Tipu’ itu menerusi http://forumsemak.blogspot.com/ yang memaparkan laporan mengenai pelbagai jenis penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab daripada serendah RM20 sehingga bernilai jutaan ringgit.

Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, blog itu dapat membantu orang ramai mengenal pasti syarikat-syarikat yang dilaporkan terlibat dengan penipuan dan penyelewengan.
‘‘Saya harap orang ramai akan semak dahulu laporan penipuan ini sebelum membeli atau menerima tawaran menarik daripada sesebuah syarikat,” katanya ketika berucap merasmikan blog itu di sini hari ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK