Click Click NOW

Tuesday, January 25, 2011

FASHA & JEJAI SAH PUTUS BERCOUPLE


 

Alahai dah putus la pulak .... ini berita dari Murai ya.....
KL, 21 JAN 2011: Terkejut ada, tak percaya pun ada bila Murai Batu dikhabarkan dengan cerita panas yang satu ini. Terima kasihlah kepada teman Murai Batu yang kecil molek yang sudi menyampai cerita yang agak panas ini.

Khabarnya, aktres kontroversi Malaya, siapa lagi kalau bukan Fasha Sandha telah pun putus cinta dengan buah hatinya, Jejai. Memang sukar untuk Murai Batu percaya, tapi informer Murai Batu bersungguh-sungguh mengatakan berita tersebut benar..

Mari kita dengar penjelasannya.

Jelasnya, hubungan antara mereka putus disebabkan kerana Jejai sudah tidak tahan dengan perangai Fasha yang dikatakan agak suka 'meroyan' tak tentu pasal. Dek kerana itu, Jejai yang juga merupakan bekas suami Nora Danish ini dikatakan angkat kaki kerana tak mahu pening-pening lalat memikirkan sikap aktres jelita itu.

Sukar untuk Murai Batu mempercayai cerita tersebut, namun kata teman Murai Batu kisah berkenaan memang benar.

Tak dinafikan, Murai Batu sebenarnya pernah mendengar kisah panas ini, tapi Murai Batu enggan mempercayainya. Namun apabila teman terdekat ini datang berjumpa dan bercerita kepada Murai Batu, ia sedikit sebanyak telah membuatkan Murai Batu berfikir dua kali, sama ada betul atau tidak cerita ini.

Malah dalam satu pertemuan baru-baru ini, Fasha mengakui yang mereka masih lagi pasangan kekasih. Jadi yang mana satu betul, Murai Batu pun tak tahu nak cakap apa.

Murai Batu tak mahu menyokong mana-mana pihak, tapi jika betul seperti yang dikatakan Murai Batu harap Fasha mahupun Jejai, buat banyak-banyaklah bersabar.

Tapi kalau cerita yang Murai Batu dengar ini salah, Murai Batu amat gembira dan mendoakan agar mereka berdua cepat-cepatlah menamatkan hubungan cinta tersebut dengan ikatan yang sah. Lagi cepat lagi bagus kerana tidak akan ada lagi kisah-kisah kurang enak boleh dijaja.
via murai


lagi dari HMetro ...
KINI HANYA KENANGAN...Fasha dan Jejai ketika menjalin hubungan.

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.

“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.
Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK