Click Click NOW

Saturday, November 6, 2010

GUNUNG MERAPI ` - Letusan Terburuk!

MAYAT BERGELIMPANGAN...Mangsa letusan Gunung Merapi diselaputi oleh abu gunung yang meletus dan usaha mencari mangsa terkorban sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa Argomulyo, Yogyakarta, Indonesia pada Jumaat. Merapi telah memuntahkan debu, awan panas dan lahar daripada kawahnya yang setinggi 2,914-meter, sepanjang malam sehingga mencetuskan panik kepada penduduk pekan kecil ini yang cuba menyelamatkan diri dalam kegelapan malam. - Foto AP / Gembong Nusantara

JAKARTA 5 Nov. – Letusan Gunung Merapi tengah malam tadi adalah yang paling dahsyat setakat ini, dengan semburan awan panas setinggi 8,000 meter ke udara, selain menghasilkan hujan abu volkanik, hujan pasir serta kerikil sehingga ke Yogyakarta, yang terletak kira-kira 40 kilometer dari gunung berapi itu.

Sekurang-kurangnya 54 orang, kebanyakannya dari kawasan Cangkringan di daerah Sleman, mati akibat melecur di seluruh badan terkena abu volkanik, manakala 66 lagi cedera dengan lebih 40 peratus kesan lecuran.

Berpuluh-puluh ribu penduduk dipindahkan selepas pihak berkuasa meningkatkan radius zon keselamatan kepada 20 kilometer di luar puncak Gunung Merapi, termasuk penduduk Sleman (dipindahkan ke Stadium Maguharjo) yang sering terdedah kepada ancaman awan panas Merapi.

Lapangan Terbang Adisucipto di Yogyakarta pula ditutup kerana ditimpa abu volkanik, sementara penerbangan ke destinasi itu serta ke Solo dibatalkan.

Sementara itu, lebih 500 pelajar Malaysia di Yogyakarta, Magelang dan Solo kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk dibawa pulang.

Pengarah Education Malaysia (EM) di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata, semua pelajar sedang dipindahkan ke Solo, yang terletak 65 kilometer dari Merapi dan 85 kilometer dari Yogyakarta, sebelum diterbangkan ke Malaysia. – Bernama

Photo dibawah kredit to :- vivanews  dan  arispurnomo.com
Semoga gambaran ini jadi iktibar utk kita bersama. Bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada sekarang...
Merapi yang indah sebelum letusan

Letusan memusnahkan segalanya ...









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK