Click Click NOW

Sunday, January 30, 2011

CHILLED MANDARIN ORANGE CHEESECAKE

Hajat hati sebenarnya nak buat Chilled Mango Cheesecake macam yang CMatGebu buat tu. Apakan daya stok mangga telah 'tiada dalam perkhidmatan'!!!  Nasib baik banyak 'limau raya' kat rumah. Musim nak sambut Tahun Baru China ni memang meriah ofis dan rumah dgn Limau Mandarin ni! So belasah lah buat cheesecake pakai Limau Mandarin @ Mandarin Orange ni.  Sedapp!!!

Resepi memang ikut sebijik cam CMGebu punya cuma ubah mango dengan Mandarin Orange jee!
So Cik Mat saya mohon tepek resepi kat sini ya!

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biskut marie
100 gram mentega, dicairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
3-4 biji Mandarin Orange
1 1/2 camca besar gelatin halal (mat guna jenama "NUR")
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Biskut marie dihancurkan (guna food processor), kemudian masukkan mentega cair sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.
  2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan oren tadi, putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
  3. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan buah oren yang dipotong2 dan gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
  4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah oren dan hidangkan..

5 comments:

tiqaa said...

wahh! nampak sedap! kalau masuk sini, orang yang kenyang pon boleh jadi lapar balik. hehe :)

Mat Gebu said...

Waaaaaaaa....aku tabik lahh....syabass betehh!!..

LugieAmir said...

mekaasih CMat..ampun gak derhaka sikit2 ye ;-)

Asyifa said...

nmpak sedap...msti sdap kannn.....
sy nak cuba....:)

muniraksasa (; said...

weyy ! sedap ok. tp aku xde pengisar la plak kt umah ;(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK