SERDANG: Hasil penyelidikan selama lapan tahun, enam penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan bahan semula jadi berasaskan tumbuhan herba, lempoyang bagi merawat dan mencegah kanser pangkal rahim tanpa sebarang kesan sampingan.
Tidak seperti ubat sintetik biasa, hasil penyelidikan mereka membuktikan bahan berkenaan yang dipercayai antara produk terawal seumpamanya di dunia itu hanya membunuh sel kanser secara khusus tanpa mengganggu sel dan tisu normal lain.
Ketua penyelidik, Dr Ahmad Bustamam Abdul, berkata bahan berkenaan yang dijangka dipasarkan dalam bentuk kapsul dan cecair, boleh digunakan bersama ubat kimoterapi komersial lain dan boleh diambil dalam dos yang tinggi tanpa merosakkan tisu normal. Tidak seperti ubat sintetik biasa, hasil penyelidikan mereka membuktikan bahan berkenaan yang dipercayai antara produk terawal seumpamanya di dunia itu hanya membunuh sel kanser secara khusus tanpa mengganggu sel dan tisu normal lain.
Lempoyang ialah daripada jenis halia dan juga dipanggil halia hutan atau liar, tumbuh liar di kawasan semak samun dan pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan.
“Bahan ini berguna secara langsung kepada wanita yang mempunyai masalah berhubung pangkal rahim dan selepas menjalani ujian pap smear, terbukti ada tanda kanser pangkal rahim.
“Ia mampu merawat kanser di peringkat awal sebelum sel kanser bertukar kepada abnormal dan mengurangkan kebergantungan kepada ubat sintetik yang memberi kesan sampingan seperti keguguran rambut dan mengganggu sistem pencernaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Ahmad Bustaman berkata, dengan penemuan terbaru itu, kos rawatan pesakit kanser pangkal rahim dijangka jauh lebih murah, selain tidak perlu terlalu bergantung kepada ubat sintetik yang diimport dan lebih mahal.
Katanya, bahan itu kini di peringkat pembangunan produk bertaraf komersial untuk pemasaran dan sudah pun dipatenkan serta diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa.
“Kita harap syarikat farmaseutikal tempatan mengambil peluang daripada penemuan ini untuk memasarkan bahan semula jadi sebagai produk ubatan herba antikanser di peringkat global,” katanya.
POKOK LEMPOYANG - ZINGIBER ZERUMBET |
Tahukah anda kegunaan lempoyang ini? Rizom lempoyang yang masih muda ditumbuk lalu dimasukkan sedikit dalam masakan dan dikatakan rasanya pedas dan pahit sedikit. Rasa pedas ini dapat membuka selera. Air rizom yang ditumbuk juga dikatakan digunakan sebagai tonik dan sebagai ubat sakit perut serta dapat mengurangkan kolesterol. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ubat tradisional dan persediaan jamu bagi ibu bersalin semasa dalam pantang.
Lempoyang merupakan pokok keluarga Ginger yang berasal dari Asia tenggara tetapi telah meluas berkembang di kawasan-kawasan tropika dan subtropika.
Zingiber zerumbet adalah pokok yang juga mempunyai banyak khasiat. Ia juga boleh dijadikan tanaman landskap yang boleh memberi kesan yang menarik pada sesuatu taman. Bunga-bunga berbentuk kon yang dapat bertahan lama dan berguna untuk dijadikan bunga keratan. Dia negara dan Asia dan Hawaii ia dikatakan terkenal sebagai ‘Shampoo Ginger’ kerana ia dijadikan bahan di dalam pembuatan shampoo.
Jamu Lempoyang
Zingiber zerumbet adalah pokok yang juga mempunyai banyak khasiat. Ia juga boleh dijadikan tanaman landskap yang boleh memberi kesan yang menarik pada sesuatu taman. Bunga-bunga berbentuk kon yang dapat bertahan lama dan berguna untuk dijadikan bunga keratan. Dia negara dan Asia dan Hawaii ia dikatakan terkenal sebagai ‘Shampoo Ginger’ kerana ia dijadikan bahan di dalam pembuatan shampoo.
Jamu Lempoyang
Khasiatnya adalah untuk membersihkan kulit muka. Ambil ½ ibu jari lempoyang, kikis kulitnya dan parut. Perah bahan tersebut dan minum airnya dengan ditambah sedikit gula atau madu.
5 comments:
Perkongsian yang bagus ni. Banyak lagi rupanya khasiat lempoyang.
Selain itu, ia juga dikatakan boleh menambahkan air susu ibu selepas bersalin.
Jika tak keberatan, izinkan saya sertakan pautannya di 4 Petua Banyakkan Air Susu Ibu Lepas Bersalin.
Terima kasih.
yerp..banyak sebenarnya khasiat tumbuhan2 kampung ni. Silakan kita kongsi sama2 utk kebaikan bersama.
Kt mne nk cari lempoyang ni ye...
Salam
Radang Paru-paru Copd.
Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Post a Comment