Bakar Interlok - hina Agong & sasterawan
Lima persatuan penulis dan NGO Melayu membuat laporan polis terhadap tindakan sekumpulan masyarakat India membakar novel Interlok dan gambar penulisnya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain.
NONEMereka mendakwa tindakan itu menghina sasterawan negara, membangkitkan kemarahan orang Melayu, malah boleh mencetuskan ketegangan kaum.
"Kami juga prihatin kepada Datuk Abdullah Hussain, seorang tokoh penulis yang menerima anugerah sasterawan negara daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
"Penghinaan terhadap sasterawan negara sama seperti penghinaan terhadap Agong," laporan polis itu dipetik.
NGO itu Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Penulis Nasional (PENA), Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa dan Guru Nasional (PIBGN), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan Ikatan Melayu Asli Nusantara.
Aduan itu dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara sebentar tadi...
berita penuh:http://www.malaysiakini.com/news/152997
Lima persatuan penulis dan NGO Melayu membuat laporan polis terhadap tindakan sekumpulan masyarakat India membakar novel Interlok dan gambar penulisnya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain.
NONEMereka mendakwa tindakan itu menghina sasterawan negara, membangkitkan kemarahan orang Melayu, malah boleh mencetuskan ketegangan kaum.
"Kami juga prihatin kepada Datuk Abdullah Hussain, seorang tokoh penulis yang menerima anugerah sasterawan negara daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
"Penghinaan terhadap sasterawan negara sama seperti penghinaan terhadap Agong," laporan polis itu dipetik.
NGO itu Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Penulis Nasional (PENA), Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa dan Guru Nasional (PIBGN), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan Ikatan Melayu Asli Nusantara.
Aduan itu dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara sebentar tadi...
berita penuh:http://www.malaysiakini.com/news/152997
ABDULLAH Hussain mengesat air mata kerana tidak dapat menahan sebak di dada ketika memperkatakan nasib malang novel Interlok karyanya itu di Petaling Jaya, Selangor, semalam. – UTUSAN/HAFIZ JOHARI
TIADA apa yang lebih meremukkan hati seorang penulis apabila melihat karyanya dihina dan dipolitikkan pihak tertentu hanya kerana kandungannya tidak difahami secara keseluruhannya.
Itulah yang dirasakan oleh Sasterawan Negara, DATUK ABDULLAH HUSSAIN, 91, ketika menatap gambar sekumpulan penduduk kaum India membakar novel Interlok karya beliau di Klang, Selangor yang disiarkan akhbar ini, dua hari lalu.
Dalam linangan air mata, Abdullah yang ditemui oleh wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL bersama jurugambar, HAFIZ JOHARI di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor, semalam turut melahirkan kekesalan yang mendalam apabila karyanya yang diterbitkan 40 tahun lalu disalahertikan oleh pihak tertentu.
Abdullah yang berkerusi roda ketika ditemui meminta untuk berbaring ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kerana keuzurannya.
Malah, beliau juga hanya mampu menjawab soalan-soalan itu secara bertulis kerana tidak berdaya lagi untuk berbicara.
Ikuti soal jawab itu yang terpaksa dilakukan dengan ringkas ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Bagaimana perasaan Datuk dengan apa yang menimpa karya Interlok?
ABDULLAH: Saya berasa dukacita kerana maksud saya baik, tetapi orang salah menerima.
Apa yang tidak difahami oleh kaum India menerusi buku Interlok itu?
ABDULLAH: Di India (terutamanya di India Selatan), masih kuat dengan fahaman ‘paria'. Saya ikut Mahatma Gandhi. Tetapi orang India di sini cuba melupakannya.
Apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi Interlok?
ABDULLAH: Ia merupakan kisah Maniam, iaitu watak utama seorang India dari India Selatan. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di sini. Dia seronok menaiki kapal bersama orang India yang lain dan seronok apabila sampai di Pulau Pinang. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di Malaysia.
Nasihat Datuk kepada kaum India yang menolak buku ini?
ABDULLAH: Baca betul-betul (Interlok) apa maksud sebenar saya tulis. (Saya) bukan mahu menghina masyarakat India.
Datuk masih menulis?
ABDULLAH: Saya tidak lagi boleh menulis. Menulis memerlukan saya bergaul dengan banyak orang.
"Buku mengenai Maniam itu bermula apabila lelaki berusia 30tahun itu yang berbadan tegap dan bertulang rangka besar meninggalkankampungnya di Tricur, Kerala, India kerana tidak tahan dicengkamkemiskinan.
Di dalamkapal ini dia tidak susah. Sebahagaian besar daripada penumpang dekyangbersama-samanya itu dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasaTamil. Mereka yang dari arah utara sedikitbercakap bahasa Malayalamatau Telugu, tetapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayalam danTelugupun berasaldari satu rumpun bahasa Dravidia. Satu perkara besarmembuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalamsatu kasta Paria. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalaubersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidakteratur.Mereka berasak-asak seperti kambing. (halaman 211)
Sekumpulanmasyarakat India di negara ini mempertikaikan kebijaksanaan Abdullahyang mengolah ceritanya dengan fakta-fakta sejarah dan hakikat sistemkasta yang membelenggui masyarakat di India ketika itu.
Maniamdigambarkan gembira dengan peluangnya mendapat pekerjaan dan begituserasi bukan sahaja dengan cuaca di Malaya yang hampir sama dengankampung halamannya, tetapi juga makanan seperti kari yang digemaripenduduk tempatan menepati citarasanya.
Di sini, pekerjaan yang membezakan kasta tidak ada. (halaman 216)
Dia gembira hidup di negeri ini kerana untuk pertama kali dalam hidupnya dia berasa dirinya sebagai manusia seperti orang lain. (halaman 218)
Di negeri ini, orang daripada kasta Brahma memakai punul yang melintang di tubuh, tetapi dia tidak takut menyentuh orang itu.
Diaboleh membeli barang daripada penjaja dengan memberikan wang daritangan ke tangan; tidak seperti di negaranya, dia mesti meletakkan wangitu di suatu tempat dan penjaja itu akan menyiram wang itu dengan airsebelum diambil dan dimasukkan ke dalam petinya. (halaman 219) Tidak puas hati
Bagi kumpulan masyarakat India, perenggan-perenggan di atas terlalu sensitif dan mereka tidak berpuas hati denggannya.
Ceritaitu disambung mengenai kebahagian yang dikecapi oleh Maniam bagaimapuntidak lama, apabila orang kampungnya, Raman dan Suppiah datang membawakhabar berita, bahawa isterinya Ambika sudah mengikut lelaki lain.
EsakanManiam berhenti dan dia mengesat air matanya. Barulah Suppiah, orangyang berair muka seperti keanak-anakan itu bercerita. Isteri Mania,Ambika sudah amat melarat hidupnya. Dia sudah mulai makan pucuk-pucukkayu. Tukang pinjam wang sudah tidak membenarkan dia tinggal di rumahitu lagi kerana rumah itu sudah menjadi haknya dan lembu Maniam itudiambilnya. (halaman 221)
Malah,Maniam yang tidak berpelajaran, setiap bulan mengirim wang kepadarakannya di India, Pillay supaya diberikan kepada isterinya. Pillaybukan sahaja gagal menunaikan amanah itu tetapi juga melarikan isterisahabatnya itu..."
baca sepenuhnya di sini:
http://www.malaysiakini.com/columns/152455
No comments:
Post a Comment