24/01/2011 3:24pm - Utusan Online.
AMPANG 24 Jan. – Pelakon drama, Hanny atau nama sebenarnya, Siti Hani Nur Zara, 29, cedera ringan selepas terlibat dalam nahas jalan raya di Bukit Antarabangsa, di sini malam tadi.
Pelakon drama “Roda-roda Kuala Lumpur” yang juga anak kepada penerbit Julie Dahlan itu sebelum ini dilaporkan parah dalam kejadian tersebut dan dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital swasta.
Bagaimanapun Julie mengesahkan anak perempuannya itu hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Ampang, di sini.
“Hanny hanya mengalami lebam-lebam di badan dan beberapa jahitan kecil di bibir, dahi serta pipinya,” kata Julie ketika dihubungi, hari ini.
Ketika kejadian, Hanny dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani penggambaran drama bersiri “Roda-Roda Kuala Lumpur”.
Pelakon itu baharu sahaja bertunang bulan lalu dengan dengan Hamzah Talib, 35, dan dia bersendirian ketika kejadian. - Utusan
No comments:
Post a Comment