Click Click NOW

Sunday, January 23, 2011

BUAT BLOG BOLEH KAYA! - STORY RED MUMMY LAGI!!

 
Penulis blog kreatif raih pulangan lumayan

KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.


Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.




Aha saja nak Bakar blogger2 semua terutama blogger2 baru...hehehe kita pon baru gak! Kreativiti yg mendatangkan hasil camni mmg cun. Tak lah org cakap kita duduk mentenet buang masa jer kan! 

Untuk lebih detail pasal RED MUMMY ni ok ni serba sedikit info dia..kasi bakarrr lagi!
INFO -  Harian Metro  13 April 2010 dalam sisipan Variasi muka surat 6. Mira Abu Bakar atau lebih popular dengan panggilan ATAU Redmummy adalah pemilik blog Redmummy.com, blog peribadi paling popular yang menerima hampir 4 juta pembaca setakat 13 April 2010.
Nicholas Chay -Pengurus(malaysia)Nuffnang

Blog Redmummy menceritakan mengenai apa sahaja.- peribadi,panduan keibubapaan, solekan, fesyen, perhiasan , hiburan dan apa saja yang dia terlintas nak catat.

Pendapatan pertama Redmummy daripada Nuffnang berjumlah RM90, diikuti RM150, RM300 , RM10,000 sebulan. Heheh sekarang...lagi masyuk ya RM!  Redmummy turut dijemput untuk menghadiri pelbagai acara perasmian produk terbaru seperti susu, alat solek, pakaian, salun dan spa sehinggalah alat teknologi seperti kamera dan telefon bimbit. Beliau memperoleh RM100,000 untuk ulasan iklan sepanjang tiga tahun menulis blog. HUH!

Antara panduan dari Redmummy :


1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga ia berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.


Menurut Dr.Abu Hasan Abdullah iaitu seorang Pensyarah 
Kanan Jabatan Pengajian Media UM.."Blog yang ada kreativitu,kualiti 
dan promosi yang menyeluruh mampu mendatangkan pulangan lumayan.
Pada zaman ini,individu yang dapat mendedahkan dan meyebarkan kelebihan,
bakat serta potensi pada diri mampu menguasai dunia masa akan datang.Blogger yang bijak menggunakan media ini akan
meraih keuntungan berlipat kali ganda.

Limpahan keuntungan blogger turut dirasai
oleh pereka bentuk laman web yang mengenakan caj 
membina blog sehingga RM2,000 bagi setiap blog terutama 
yang kompleks dan RM 200 bagi blog asas.

 
Blog Jejariruncing si Aimie Hermilia mencatatkan rekod dalam dunia blog tempatan apabila mencatatkan hit 2,039,533 pelawat sehingga semalam 22 jan.  Tapi rasanya dia ni hasil dari tempias jadi aweks Khairul Fahmi @ APEX kot! 

 
oh! kredit jug story ni utk OHMalaysia ya!

1 comment:

kiera syakirah said...

oh..betul ape kate lecterur saya tue..dr Abu hassan Hasbullah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK