Click Click NOW

Saturday, January 29, 2011

Restoran di KL wajib ada WiFi tahun depan



KUALA LUMPUR – Semua pengusaha restoran di ibu negara akan diwajib menyediakan perkhidmatan kemudahan Internet jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di premis masing-masing mulai tahun depan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail (gambar) berkata, * jika mereka ingkar, lesen perniagaan restoran sedia ada tidak akan diperbaharui manakala bagi pengusaha baru, ia akan menjadi syarat kepada pemberian lesen.
Katanya, peraturan baru itu dibuat bagi memastikan sasaran untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu negara maju pada tahun 2020 tercapai.
“Kita akan lakukan pindaan terhadap syarat lesen perniagaan untuk memastikan arahan ini dipatuhi.
“Lesen baru tidak akan dikeluarkan dan lesen pengusaha restoran sedia ada tidak akan diperbaharui jika syarat ini gagal dipatuhi,” katanya pada sidang akhbar sempena Hari Wilayah di Angkasapuri di sini semalam.

source: KOSMO online

what u say abot this! 
Aha this is great news terutama utk student & tourist  ..tp kena upgrade la servis wireless fidelity ni..terutama time peak hours etc2 . & Kalau nak surf tenet kat premis makan ni ingatlah sikit supaya tak menyusahkan org lain dgn amik kerusi byk2 dan guna space selebar mungkin !
Rasanya tak perlulah bagi syarat wajib macam ni kat pengusaha restoren....apalah gunanya ada wifi free konon nk urban tapi kedai tak bersih, larangan merokok tak ada..kalau ada pon tak implement sepenuhnya.  Syarat wajib No.1 sepatunya  Kebersihan & apa2 yg relate dgn kesihatan & alam sekitar kita sekarang (no plastik no polistrin.. ) rasanya tak mati & tak mudarat kesihatan kalau tak ada wifi dalam restaurant kan! syarat yg kurang bijak!!

Apalah gunanya ada wifi jika tak boleh nak bagi review restoran dlm foursquare? hik!

1 comment:

다(da)양(yang) said...

nnt bawa laptop je ke mana2 kat KL tu..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK