Click Click NOW

Sunday, January 23, 2011

A Broken Heart ~ LEPAT@ SUNNI BRUMMIT'S DADDY!




Getwel soon bro!

kredit to Sunni FB

Tiga belas tahun anak dilarikan bekas isteri
KUALA LUMPUR: Pelukis potret, Ismail Ariffin atau Lepat yang mengalami tekanan perasaan sejak 13 tahun lalu selepas anaknya, Sunni Sazali, dilarikan bekas isterinya, mahu menyaman  Mahkamah Syariah negara ini.   Lepat, 42, mengakui kejadian masih menghantui dirinya hinggakan beliau mengalami gangguan emosi dan tekanan hidup kronik kerana berjauhan dengan anaknya yang ketika itu berusia dua tahun.  Dia kecewa dan  mendakwa Mahkamah Syariah Pulau Pinang tidak membantu memastikan kes hak penjagaan Sunni mencapai keputusan sama ada memihak kepadanya atau bekas isterinya, warga Britain, Aishah Jane Brummit.

  “Selepas berfikir sekian lama, saya rasa keadilan perlu dituntut kerana ia berpunca daripada kelemahan pihak terbabit (Mahkamah Syariah) hingga menyebabkan saya kehilangan Sunni.

  “Bila terkenangkan nasib Sunni, terutama soal iman dan risaukan kalimah syahadah Sunni, saya menjadi runsing dan bimbang,” dakwanya ketika dihubungi di Bremen, Jerman di sini, semalam.

  Tiga belas tahun lalu, negara dikejutkan  berita mengenai Aishah melarikan anaknya hasil perkongsian hidup dengan Lepat selepas  pertemuan dengan anaknya atas perintah Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pi-nang, Othman Ibrahim.
  Pada 1 April 1997, mahkamah berkenaan mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni setiap pagi Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown.

  Bagaimanapun, Aishah mengambil kesempatan daripada perintah itu dengan merancang melarikan Sunni ke luar negara menerusi sempadan di Bukit Kayu Hitam.

   Malah, insiden itu bukan yang pertama, sebaliknya setahun sebelum itu, Aishah pernah melarikan Sunni ke negara asalnya sebelum Lepat berusaha ‘merampas’ anak sulungnya itu ketika sedang tidur di kediaman keluarga mentuanya di Devon, England.

  Kini, pasangan yang sudah berpisah itu membawa haluan masing-masing dengan Aishah, 38, menetap bersama Sunni, 15, di Devon, manakala Lepat yang berkahwin kali kedua dengan rakyat Jerman, kini tinggal bersama isteri yang juga penuntut peringkat sarjana bidang psikologi di Universiti Bremen, Nor Azlina Caesar Abdullah, 26, dan anak perempuan mereka, Siti Aminah yang berusia tiga tahun di negara berkenaan.

  Lepat yang berasal dari Bagan Lebai Tahir, Butterworth, mendakwa kelemahan sistem kehakiman mahkamah berkenaan, di tambah persepsi negatif terhadap dirinya menyebabkan beliau terpaksa menanggung rindu berpisah dengan Sunni.

  Menyingkap kejadian pada 5 Julai 1997, Lepat yang menjalani pembedahan pankreas tahun lalu dan menghidap penyakit buah pinggang, berkata tindakannya ‘mengintai’ Sunni dan Aishah dari bangunan bersebelahan balai polis menimbulkan rasa tidak puas hati bekas isterinya, menyebabkan mahkamah mengarahkan beliau tidak mengulangi perbuatan itu.

  “Arahan itu juga menyebabkan Sunni berjaya dibawa ke luar negara kerana tidak ada pihak yang mengawasi pergerakan Aishah. Ketika itu, saya ke kedai makanan segera membeli kentang goreng untuk Sunni dan apabila tiba di pekarangan balai polis, kelibat kedua-duanya sudah tidak kelihatan,” dakwanya.

INFO
Rentetan peristiwa

Februari 1996 – Aishah larikan Sunni ke England kali pertama sebelum
Lepat merampasnya dan membawa pulang ke Malaysia.

5 Julai 1997 – Sunni dilarikan Aishah buat kali kedua dengan menyeberangi sempadan di pintu Bukit Kayu Hitam.

Ogos 1997 - Aishah mendapat hak penjagaan terhadap Sunni daripada mahkamah di London.     

6 comments:

CikSalmie said...

hai..saya folo sini

SheNn said...

: kasihnya seorang ayah...huhu.

LugieAmir said...

CikSalmie mekasih la sudi folo sy ya...
SheNn.. tak dpt bayangkan ya kalau org yg kita syg terpisah dr hidup kita...

Aida Arif said...

how could a mother done such a thing .. kn ?

Junkees said...

mcm2 da org ckp kt lepat ni sesat la hape...btul gak die ckp klu sesat ajar la bkn bukak aib die then tuduh die mcm2...org dok bahan2 die...klu bende mcm ni jdi kt kte mcm mne...jane mat saleh bodo tu ckp die nk islam sbnr...die ckp lepat x ikot islam tu...aku bce mastika die ckp die jga mkn minum sunni bullshit...sunni da tuka name...sunni brummit...aishah da tuka kpd jane brummit....skg npk spe slh...btul gak mahkamah patot bertanggung jawab ini lepas tangan ckp die sesat...senang je ckp...truk btul....kt balai polis bole lepas hilang?siap klua imegresen relek je ape cer??...

shikin ibrahim said...

Kesian btul kat lepat. aisyah tu mmg penbohong besar. suami sy knnl lepat tu dan tahu kes sbnr mrk. Pihak mahkamah x rs bersalah btul buat hidup org jd mcm ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK