Click Click NOW

Saturday, January 29, 2011

Yusry KRU Bercinta dengan anak Rohana Jalil Ker!

 
Syakila Nisha Jahangir Khan.
Ini gossip dari tweet  Cuit Sikit (@cuitsikit) 
Ingat Yusry KRU? Ya, gossip ada mengatakan yang beliau kini sedang bercinta dengan Maya Karin. No. No. Dalam kenyataan terbaru Cuit Sikit;


Syakila Nisha Jahangir Khan namanya dan gadis ini baru berusia 18 tahun dan bakal mengeluarkan single terbaru di bawah naungan KRU Berhad.
Anak kedua Rohana Jalil ini juga bakal muncul dalam filem Karak yang juga terbitan KRU Berhad. Fakta menarik: Filem Karak di’arahkan oleh Yusry KRU.
Kepada anda yang tidak kenal siapa gerangan Syakila Nisha Jahangir Khan ini, gambar beliau dulu dulu sebelum buat bibir . hehehe.

cer teka dia yg mane..cer teke...

Source n credit: cuitsikit, Rotikaya n Mediamalaya





LATEST - APA KATA YUSRY.... YER KE IDAK ;-)
 
Gosip Maya & Kila Fairy

Senyum Yusry meleret saat fasa kedua wawancara bersamanya mahu dimulakan. Melihat reaksi penulis sahaja, dia tahu dan menunggu isyarat untuk memulakan ayat.

Persahabatannya bersama aktres cantik, Maya Karin masih enak untuk diajukan, sensasi Yusry membara apabila dikaitkan pula dengan pucuk baru, Kila Fairy, anak kepada penyanyi 90-an, Rohana Jalil.

"Saya dengan Maya sudah masuk dalam kategori kawan rapat yang tidak ada perasaan cinta. Boleh ke bercinta atau kahwin dengan kawan sendiri?

"Lelaki juga memerlukan wanita sebagai kawan baik untuk bercakap perkara yang jarang diceritakan bersama kawan lelaki," ungkapnya.

Persoalan siapa Maya di hatinya dibiarkan berlalu, nama Kila Fairy pula diacukan deras ke wajahnya.

"Alamak, Kila Fairy la pula. Dia baru berusia 19 tahun, muda sangat lagi nak digosipkan dengan saya.

"Kami rapat atas sebab kerja semasa penggambaran filem Karak. Itu sahaja. Tak ada sampai melibat perasaan," nafi Yusry meleraikan gosip terbarunya.

Maya bukan, Kila Fairy pun tidak, jadi siapa yang teristimewa di hatinya. Bingkas Yusry, sampai ke hari ini, dia belum bertemu cinta hati, calon isteri jauh sekali.

"Sejak bercerai dulu, saya ada berkawan dengan ramai perempuan tapi tiada yang istimewa.

"Ada yang dibawa tengok wayang, saringan itu ada tapi tiada dibawa bertemu ibu saya," katanya melirik kepada Ummi.

"Dengan Ummi pun saya pernah keluar," Yusry berseloroh nakal menembak si Embuk, aktres sandarannya dalam Hikayat Merong Mahawangsa.
[l]

ERMM...Mungkinkah ni sumer gimmick filem karak, Mei akan dtg ...

2 comments:

MrS. CaMeLiA SeNeNsIs said...

yg belah kiri tu kan si pompan plstik ni kan...yg rambut x ikat tu kan..kan...kan...

Eja Razif said...

bhahah..sekarang da lawa..dulu biase2 je....gud for her...;')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK