Click Click NOW

Monday, January 31, 2011

Krisis Mesir : Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak

Nota : Entri ini adalah repost (copy paste) dari blog ariff shah sebagai usaha membantu rakyat Malaysia yang berada di Mesir ketika krisis Mesir ini.


Semoga usaha yang kecil ini dapat memberikan impak yang besar.
Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.
Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923


Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: http://twitter.com/#%21/DYYADIZARCH
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com


Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.


- Nadia


So what can you do now?


1.Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.

2.Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.

3.Share this on Facebook.



update 12:05pm 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

laporan dari Lapangan Tebang Kaherah:

1. semua fligh ke luar mesir telah dibatalkan
2. semua flight masuk ke mesir tidak dapat dipastikan
3. harga ticket melambung sehingga 7 kali ganda
4. huru hara kat airport, dibanjiri manusia
5. dalam masa 24 jam, sekirang tidak ada perubahan terhadap jadual penerbangan, pelajar malaysia yg berada di airport akan bergerak pulang ke negeri masing2..

sumber: Tg Afiq Silahudeen, dilaporkan oleh: Azizi Al Fahri

laporan tambahan:

kwn ana call dr mansurah td..die ckp nk call sesame sendiri pon xleh..td ade perbncngan katenye..hany separuh je yg dpt blik...katenye budak jpa dan budak mara je yg akan dpt balik..


-Mohd Afiq Al Fateh-











Kerana, "Sekujur Mayat itu"...Kerinduan dari Bremen, Germany..

 Kerana, ...      "Sekujur Mayat itu",.. berkelihatan begitu lembut indah, terpancar
cahaya ke emas emasan!.. Pada raut wajahnya tergambar senyuman
yang menceritakan besarnya kepuasan ke atas satu kemenangan.."
Kerana Dia, Insan yang bernama Ariffin Bin Ali, sesunguhnya..
"Tidak menemui MATI..,  Melainkan hanyalah melintasi
proses perjalanan untuk KEMBALI  ke Alam asal mula terjadi"  
"Datanglah kepada Ku wahai hati hati yang tenang"    --   Al-Quran   

"Wafi am fussikum afala tuqsirrun".... 
"Man aroffa nafsahu, faqad aroba Robbahu,
waaman aroba Robbahu  ....Fasadda jasad!" 


" Sebentar tadi, Kala mata ini asyik merenung baris baris di dalam nya..Tiba tiba terasa tercuit di dalam jiwa apabila terbaca baris yang tetera pada Surah - "Al Furqaan, Ayat: 56 hingga ke 58".

Hati ku menjadi tak keruan.. Ayer mata ku berlinangan, perasaan rindu kembali merayap dan bergelogak memenuhi ronga jiwa.."Aku menangis sendirian, dan sengaja mengambil keputusan untuk membiarkan rasa sebak menyemarak dengan semaraknya..

Ya Allah... :-)
Dia.. yang bernama Ariffin Bin Ali, Yang mananya telah Engkau tuliskan buku hidupnya dengan berbagai skeksa kehidupan yang wajib bagi nya untuk menjalani lakunan dengan tidak boleh mentidakkannya. " ..
....
Ya Allah...
"Aku begitu berterima kaseh kepada Mu kerana penulisan mu ke dalam buku hidup Ayah yang bernama Ariffin bin Ali dan jua teramat berbangga ke atas penulisan Mu di dalam buku hidup ku yang mana nya ada watak Aku menjadi Anak angkat kepada insan mulia yang bernama Ariffin bin Ali.  :-D  "Terimakaseh ya Allah!" :-)
Ismail Bin Ariffin  (Lepat)..
Bremen, Germany.
 

TAKZIAH untuk Saudara Ismail Ariffin atau lebih dikenali sebagai LEPAT.Beliau telah kehilangan ayahanda yang amat dicintai & dikasihi.

ALFATIHAH.

sesunggunya kasih sayang itu tidak mengenal bangsa, kerana siapapun ismail, kamu telah didatangi sebagai satu anugerah buat ayahanda kamu dari Allah s.w.t.
Semoga Saudara Ismail semakin tabah dalam meneruskan ujian hidup. INsyaaallah.

Related :
- A broken heart - lepat & sunni
- Sunni Brummit
- smile from German

RED RED RED HOT CHILLI BO

YO YOOOOO...HOW DO I LOOK! HOT HOT HOT

euwwwww...merah cam Rihanna


KASUT TOK TI - OH OH OH

 
UIKSS LEMARI KASUT!

 
NI KEROK KEROK KERRR...

Kak Nora & D'Gang ~ mata ke mata (25 tahun)

Meriah tengok Kak Nora & kawan2 jumpa semula selepas almost 25 tahun tak jumpa. Hehehe masing2 dah ada anak dara anak teruna ya. Bertempat di Restaurant Satey Hj.Samuri (Medan Mara KL) 29/01/2011.
All the way from Kuantan ya.. gigih semua turun KL ya. Mudah-mudahan pertemuan kali ni akan eratkan semula 'kasih' antara uols. Sebagai 'jurufoto' bidan terjun saya minta maaflah kalau gambar kurang memuaskan. Apa-apa pun harap enjoy dgn foto2 ni ya.& Cupcake tu yer...bila2 teringin tau  ya  mana nak cari saya ;-)








 Surprise!! Happy B'day MAZ

Sunday, January 30, 2011

CHILLED MANDARIN ORANGE CHEESECAKE

Hajat hati sebenarnya nak buat Chilled Mango Cheesecake macam yang CMatGebu buat tu. Apakan daya stok mangga telah 'tiada dalam perkhidmatan'!!!  Nasib baik banyak 'limau raya' kat rumah. Musim nak sambut Tahun Baru China ni memang meriah ofis dan rumah dgn Limau Mandarin ni! So belasah lah buat cheesecake pakai Limau Mandarin @ Mandarin Orange ni.  Sedapp!!!

Resepi memang ikut sebijik cam CMGebu punya cuma ubah mango dengan Mandarin Orange jee!
So Cik Mat saya mohon tepek resepi kat sini ya!

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biskut marie
100 gram mentega, dicairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
3-4 biji Mandarin Orange
1 1/2 camca besar gelatin halal (mat guna jenama "NUR")
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Biskut marie dihancurkan (guna food processor), kemudian masukkan mentega cair sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.
  2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan oren tadi, putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
  3. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan buah oren yang dipotong2 dan gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
  4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah oren dan hidangkan..

HUJAN HUJAN OH HUJAN

Hujan oh hujan... memang 'meriah' hujan ni dari malam tadi lagi! Nak kemana-mana pun agak terhad..malas nak berbasah - basahan.. Tapi selalu lepas hujan...mesti best...segar jer...errmm bau rumput pon best kalau lepas hujan.... ermm.. jom layan lagu2 relate with HUJAN!

sandakan - hujan lebbbat baaa!!!
















&

SEHABIS BAIK (ANA RAFFALI) - OST KARIPAP KARIPAP CINTA

Aha ni satu lagi lagu baru Ost utk Kripop kripop cinta... utk fan ANA Rafalli...layannn..
klick tajuk lagu utk donlod!

Lagu : SEHABIS BAIK  
[OST KARIPAP KARIPAP CINTA]
Artis : ANA RAFALLI
namun tak mampu untuk ku ingat semua
Kelak langkah kakiku kan ketemukan aku
dengan peringatan istimewa

Harap ini masanya
untuk ku buktikan semua
bahawa ku telah berusaha sehabis baik
Mesti aku kan dapat
semangatku jadi ubat
pada jiwa yang tercarik

Pom pom pom pom (pom pom pom pom)
pom pom pom pom (pom pom pom pom)
pom pom pom pom
pom pom
pom pom pom
Langkah kaki (langkah kaki)
Gerak hati (gerak hati)
Terus kejar bayang yang diimpi
Langkah kaki (langkah kaki)
Gerak hati (gerak hati)
Terus kejar bayang yang diimpi
Terus kejar bayang yang diimpi
Dengan dia oh sukanya hati!




SEDETIK CUMA ~ OST MERONG MAHAWANGSA

Memang layan lagu ni!
Lagu baru abang Anuar Zain untuk 'soundtrack' filem epik berskala besar!  filem bertemakan sejarah ! Hikayat Merong Mahawangsa . Nak layan Trailer dia tengok kat sini - Hikayat MerongMahawangsa


Lirik Lagu OST Hikayat Merong Mahawangsa Sedetik Lebih Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu



EDRY ABDUL HALIM
KRU Publishing Sdn Bhd

 
saksikan Hikayat Merong Mahawangsa di pawagam
Mac ini!

Untuk fan Anuar Zain  - Semua link di bawah adalah untuk full version tau...bukan yang pendek seperti video di atas....

Sedetik Lebih [Hotfile]
Sedetik Lebih [Fileserve]
Sedetik Lebih [4shared]

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA ~ KRU



     Hujan2 ni dok browsing youtube terjumpa trailer Hikayat Merong Mahawangsa. aHa...macam tak percaya lak ni film local... cer tengok youtube kat bawah!!  At first glance it looked like something that came from a Hollywood or Hong Kong studio.

 

Tak sabar nak tunggu film ni hit the big screen! Bakal ditayangkan on 10 MAC 2011 . Budget film ni RM8 Million ! wow what a big budget for KRU Studio! 

Barisan pelakon combination of local and foreign talents – Stephen Rahman Hudges (Malaysia/UK), Jing Lu (UK), Gavin Stenhouse (UK), Hendrik Norman (Sweden), Craig Fong (Australia). Other local talents , Dato Rahim Razali, Wan Hanafi Su, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Nell Ng, Keith Chong, Jehan Miskin, Deborah hanry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam and Faiz Aizuddin Azmi.
Hikayat Merong Mahawangsa
Pengarah :Yusry KRU
Syarikat Penerbit :KRU Studios Sdn. Bhd.
Bahasa :Bahasa Melayu
kategori :Filem Cereka
Genre :Sejarah, Aksi, Peperangan
Klasifikasi :U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan :10 Mac 2011
Durasi :110 min
Audio :Dolby
Format :35mm


Pengarah

Penulis:
:
(Lakon layar)
:
(Cerita Asal)
Lakonan:
:
Merong Mahawangsa (Pelakon Utama)
:
Kesum (Pelakon Utama)
:
Embuk (Pelakon Utama)
:
Kamawas (Pelakon Utama)
:
Embi (Pelakon Pembantu)
:
Ying Ying (Pelakon Pembantu)
:
Lang (Pelakon Pembantu)
:
Native 1 (Pelakon Pembantu)
:
Goan Villager (Pelakon Pembantu)
:
Goan 1 (Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Muzik)
:
(Creative Director)
:
(Jurusolek Artis)
:
(Penyunting)
:
(Pembantu Pengarah)
:
(Pengarah Seni)
:
(Pengarah Fotografi)
Penerbit:
:
(Penerbit Eksekutif)
:
(Penerbit Eksekutif)
:
(Penerbit Eksekutif)
 'Soundtrack Sedetik Lebih' - Anuar Zain - best lagu ni! Layan kat sini - 
SEDETIK CUMA

Sinopsis:
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

for now..jom layan trailer.


PESBUK BEKAS-BEKAS JUARA LAGU (AJL) - ;-)

Anugerah Juara Berlagu


click to enlarge!
aHa kesian Ana.... ekekekekekek... ada kitorang kesah!
kredit goes to YPYS
ada bnyk lagi n3 lawak... nii satu lagi...

Harry Potter's Story III

Saturday, January 29, 2011

CINTA SEJATI - Chris Medina (AMERICAN IDOL 10) MUST SEE!!!

Malam tadi tengok sesi Audition American Idol musim 10 ... alamak ada sorang peserta ni.... touching sgt!!!
True love! Ini baru betul true love...bukan bersama masa senang aja tapi bertambah sayang masa susah. Jom layan youtube Chris Medina ni!!


HAPPY BIRTHDAY ~ SITI NUR HALIZA ....

       Ahaaa... HAPPY BIRTHDAY SITI!!
Opps bukan Siti Nur Haliza yg itew ya....tapi ni Siti Nur Haliza org Kelang...
Semoga Dimurahkan rezeki & cepat2 dapat baby ya!!


blueberryberry cheese cake ;-) yummy


HAPPY REUNION - kak NOra & Geng


Hari ni Kak Nora ada reunion dgn geng dia . Katanya dah 25 tak jumpa. Dia sgt2 exited hehehehe. Anyway thanx to Kak Nora sebab 2 hari berturut turut buat ordeer... Ok untuk petang ni semoga Kak Nora & geng enjoooyy... & order lagi banyak-banyak yee... Muahhhh!!

ini utk 'cekgu' dia yang dah berpuluh tahun tak jumpa...errmm

     
sambil reunion sambil sambut b/day ya...Hppy B'DAY sIS MAS!!!



jap lagi saya hantar ya kaaak...nak mentenet jap...
done! tersenyum lebar w.jiis semlam ;-) surprise la katakan...

KEK CAWAN NESTUM BERBUAH (PRUNE)


CUPCAKE NESTUM BERBUAH (PRUNE)
3 biji telur
1 cwn butter
¾ cawan gula kastor
½ cawan susu
1 ½ cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh vanilla
14g nestum bijiran campuran (prune)

Pukul butter & gula kastor hingga butter memutih
Masukkan telor satu persatu dan pukul lagi hingga sebati
Masukkan vanila kemudian tepung berselang seli dgn susu.
Akhir sekali masukkan nestum dan gaul sebati dgn senduk kayu.
Bakar 180 C 20-25min.
Hiaskan dgn coklat ganache jika suka atau lain2 topping yg sesuai.


Sebenarnya cupcake ni tempahan dari Sis Nora utk KakMaz. Petang ni they all ada gathering selepas masing2 tak jumpa lebih 25 tahun. Semoga they all enjoy petang ni.



The Egypt Protests - MESIR TUTUP INTERNET , TELEFON BIMBIT

Mesir Tutup Internet, Telefon Bimbit
Kosmo
29 Jan 2011
 

POLIS antirusuhan menggunakan penyembur air bagi menyuraikan penunjuk perasaan di Kaherah, Mesir semalam.

KAHERAH - Pemerintah Mesir semalam memutuskan talian telefon bimbit dan perkhidmatan Internet selain menghantar puluhan trak polis antirusuhan sebagai percubaan untuk menyekat beribu-ribu aktivis daripada menyertai protes antipemerintah yang diadakan selepas solat Jumaat.

Bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed Elbaradei dan Persaudaraan Muslim turut menyertai protes tersebut walaupun terdapat amaran bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas untuk mematahkan gelombang kebangkitan itu.

Ketiadaan perkhidmatan Internet menghalang akses ke laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter yang menjadi alat komunikasi utama para penganjur protes.

Polis Mesir mengalami kesukaran untuk berdepan dengan penunjuk perasaan yang telah bertempur selama tiga hari. Mereka menuntut supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan selepas memerintah selama 30 tahun.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi amaran bahawa keganasan bukan penyelesaian di Mesir.

Obama turut meminta kedua-dua belah pihak mengawal perasaan dan menggesa Hosni agar melakukan perubahan politik.

"Ini adalah waktu kritikal dalam hidup rakyat Mesir. Keinginan untuk berubah mesti dihormati. Rejim tidak boleh menggunakan kekerasan ke atas peserta demonstrasi," kata Elbaradei yang lantang mengkritik Hosni dan menyatakan kesediaannya untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta berbuat demikian.

Demonstrasi itu mendapat ilham daripada Revolusi Jasmin yang berlaku di Tunisia baru-baru ini sehingga mengakibatkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan.

Setakat ini, lima penunjuk perasaan dan dua anggota polis terbunuh di Mesir manakala 100 yang lain cedera.

Seorang pegawai keselamatan memberitahu kira-kira 1,000 orang telah ditahan sejak tunjuk perasaan bermula pada Selasa lalu.

Para aktivis menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menuntut hak untuk hidup dengan penuh kebebasan dan bermaruah.

Hosni dianggap sebagai presiden yang tidak membawa pembaharuan ekonomi.

Hampir separuh daripada 80 juta penduduk Mesir hidup di bawah paras kemiskinan berdasarkan kadar pendapatan yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu AS$2 (RM6.11) sehari.

Negara itu mempunyai pendidikan yang berkualiti rendah, kadar pengangguran tinggi telah menyebabkan penduduk gagal memperoleh keperluan hidup yang sempurna. - Agensi

LAGI PHOTO - Kredit to TotallyCoolPix

The Egypt Protests
01. Egyptian anti-government protesters clash with riot police at the port city of Suez,
UPDATE: Live streams from Egypt.

The Egypt Protests















The Egypt Protests
 REUTERS/Amr Abdallah Dalsh
The Egypt Protests
A man shouts in front of riot police in Cairo January 26, 2011.
The Egypt Protests
 A riot policeman holds his face after being injured 
REUTERS/Amr Abdallah Dalsh
The Egypt Protests
 Riot police clash with protesters in Cairo January 26, 2011.
The Egypt Protests
 REUTERS/Goran Tomasevic

The Egypt Protests
 REUTERS/Asmaa Waguih
13. Plainclothes police arrest a protester during clashes in Cairo January 26, 2011. Thousands of Egyptians defied a ban on protests by returning to Egypt's streets on Wednesday and calling for President Hosni Mubarak to leave office, and some scuffled with police. REUTERS/Asmaa Waguih
The Egypt Protests
. REUTERS/Amr Abdallah Dalsh
The Egypt Protests
15. People surround the ambulance transporting Gharib Abdelaziz Abdellatif 
REUTERS/Mohamed Abd El-Ghany
The Egypt Protests
. Teargas is used during anti-government protests after the 
funeral of Gharib Abdel Aziz. REUTERS/Mohamed Abd El-Ghany
The Egypt Protests
. A relative of Gharib Abdelaziz Abdellatif holds onto the ambulance
carrying him in the port city in Suez, about 134 km (83 miles) east of Cairo, 
January 26, 2011.Gharib, 45, died of internal bleeding after police 
shot him in the stomach on Wednesday, according to medical sources.
REUTERS/Mohamed Abd El-Ghany


The Egypt Protests
 A relative of Gharib Abdelaziz Abdellatif cries 
REUTERS/Mohamed Abd El-Ghan


The Egypt Protests
Police surround protesters in front of the press syndicate in Cairo 
January 27, 2011. REUTERS/Asmaa Waguih
The Egypt Protests
 Mohamed Atef lies on the ground after being shot in the head 
. REUTERS/Stringer
The Egypt Protests
 Mohamed Atef is carried after being shot in the head while d
. REUTERS/Stringer
The Egypt Protests
Mohamed Atef ...

The Egypt Protests
 Mariam Solayman, a member of an Egyptian activist group, 
REUTERS/Yannis Behrakis

The Egypt Protests

The Egypt Protests

The Egypt Protests

The Egypt Protests

The Egypt Protests
Egyptian reformed campaigner Mohamed ElBaradei talks 
to journalists outside Cairo's airport, January 27, 2011.
ElBaradei said he expected large demonstrations across
Egypt on Friday and that the time had come for 
President Hosni Mubarak to leave power. REUTERS/Stringer


The Egypt Protests
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK