Click Click NOW

Friday, November 26, 2010

20,000 Pengguna Monorel Terkandas Dek Pokok Tumbang!

HUJAN lebat di ibu negara menyebabkan sebatang pokok tumbang menghempap landasan monorel berdekatan Stesen Bukit Nanas di Jalan Sultan Ismail, semalam. Kejadian jam 6 petang itu menyebabkan beribu-ribu warga kota terkandas selepas perkhidmatan terbabit dihentikan tiga jam, selain lalu lintas di jalan berkenaan sesak teruk apabila pokok setinggi kira-kira 10 meter itu turut merintangi jalan.
Nov 26, 2010
KUALA LUMPUR, (Bernama) - Sejumlah 20,000 penumpang mengalami kelewatan apabila perkhidmatan KL Monorel terganggu antara 6.25 petang dan 9.31 malam hari ini berikutan sebatang pokok tumbang di atas landasan utama di depan Hotel Concorde, Jalan Sultan Ismail di sini.

Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan hari ini berkata, kejadian itu menyebabkan gangguan perkhidmatan kerana tren terpaksa dihentikan dan tidak boleh bergerak di kedua-dua hala di atas landasan utama.

"Bomba telah dipanggil secepat mungkin untuk mengalihkan pokok yang tumbang daripada landasan, dan dalam tempoh gangguan, beberapa tren shuttle dihantar untuk beroperasi dari stesen Hang Tuah ke stesen Sentral KL," katanya.

Bagaimanapun, operasi perkhidmatan KL Monorel disambung semula pada 9.31 malam ini. SPNB memohon maaf bagi sebarang kesulitan yang dialami akibat gangguan tersebut.

2 comments:

momochan said...

huwaaaa momo penat gila semalam...jalan kat ts..bila nak balik monorail delay sebab pokok ni la..zzzzZZZ lama kot tunggu.alih-alih pergi cari LRT.asyik sesat je tak jumpa.huhuhu sampai rumah pun kol 10 lebih.T__T

balasan shopping sampai tak ingat dunia.

LugieAmir said...

alahaaai ciannye momo.... sib baik lugie x masuk kl ptg semalam..klu tak kantoyy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK