Dr Sheikh Yusuf Islam atau sebelum ini dikenali dengan nama Cat Steven akan berada di Kuala Lumpur pada 25 dan 26 November ini. Penyanyi yang dilahirkan sebagai Steven Demetre Georgiou itu akan turut membuat kemunculan istimewa di Malaysia Hari Ini, Khamis ini. (dia tak dapat hadir sebab demam panas)
Ia bukanlah lawatan pertama kali Sheikh Yusuf ke Malaysia, namun kehadirannya kali ini lebih signifikan dan istimewa apabila beliau turut dijadualkan bertemu dengan DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Selain itu, beliau turut dijangka bertemu dengan pelbagai produksi di sini bagi kemungkinan menerbitkan Musical Moonshadow yang telah dipertontonkan di Australia dan New Zealand Jun lalu.
Memeluk Islam pada tahun 1977, Syeikh Yusuf memiliki pengikut besar di Malaysia, bersesuaian dengan pengiktirafan antarabangsa yang diterimanya terutamanya dalam misi perdamaian untuk kemanusiaan. Beliau juga bergiat aktif dan sentiasa memberikan sumbangan untuk misi kemanusian di seluruh dunia.
Walaupun melodi indahnya adalah nostalgia untuk generasi sebelumnya, yang akan terus meminati karya-karyanya, kata-kata dalam lagunya sentiasa menjadi inspirasi yang dapat menyeberangi batas masa sehingga ke generasi masa depan.
Beliau merupakan ikon contoh bagi generasi kontemporari, bukan sekadar untuk agamanya, Islam dan perdamaian, malah untuk seluruh dunia. Uniknya, beliau memilih untuk menerima jemputan sebagai tetamu terhormat di negara ini setelah mengagumi Malaysia yang terkenal dengan keindahan dan aura damainya.
No comments:
Post a Comment