Click Click NOW

Sunday, November 21, 2010

KUIH LAPIS ROS



Lepas masak untuk tengahari terus  prepare untuk minum petang. Lepas ni tak yah masuk dapur dah. Leh terus lepak santai kan. Ok ni ha kuih lapis ros. Ros tu sebab pakai pewarna jenama ROs..wangii cam ros. Selalu buat sirap pun pakai Ros ni. Ok jom layan resepi. Resepi asal dari My Resepi . Simple jaar...

Bahan-bahan ( loyang besar  ) - sebab tak ada loyang kecik!

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
  • 1 st garam
  • 2 paket santan serbuk
  • 1 st minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros (leh tukar warna lain klu sker)
  • 4 cawan air

Cara-cara


  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna merah & satu lagi dgn tak yah warna haaa santan jeee. Kacau biar warna sekata.
  4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna putih & kukus selama 5 minit.
  5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna merah dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna  hingga adunan habis.
  6. Lapis yg terakhir warna merah dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
  7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. 
  8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

1 comment:

ken said...

yum yum sedap :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK