Click Click NOW

Thursday, November 25, 2010

Isnin mungkin diisytihar cuti umum di Pulau Pinang

Kerajaan negeri Pulau Pinang berkemungkinan mengumumkan Isnin ini sebagai cuti umum.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mansor Othman berkata, perkara itu bagi menghormati bekas ketua menteri, Tun Dr Ling Chong Eu yang menghembuskan nafas terakhirnya semalam. Katanya, perkara berkenaan akan diputuskan dalam mesyuarat exco esok sebelum diumumkan kemudiannya.

Sebelum itu, Mansor mengetuai rombongan ADUN PKR bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Lim di Tanjong Bungah.

Mayat mendiang Lim akan diberikan penghormatan negara di Dewan Seri Pinang di Georgetown, Pulau Pinang mulai 12 tengah hari esok hingga 12 tengah hari Ahad bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Ketua menteri kedua Pulau Pinang itu meninggal dunia pada jam 9.07 malam semalam di kediamannya di Tanjung Bungah, Georgetown selepas terlantar selama hampir sebulan di hospital akibat serangan angin ahmar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon hari ini berkata Lim akan diberikan pengebumian negara.

Menurutnya lagi, urusan pengebumian akan dibuat oleh unit protokol, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama kerajaan negeri Pulau Pinang dan diselia oleh keluarga mendiang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng pula berkata kerajaan negeri bersetuju pengebumian negara diberikan kepada negarawan ini kerana “sumbangan besarnya”.

Kibar bendera separuh tiang

Beliau juga telah mengarahkan semua jabatan kerajaan mengibarkan bendera pada separuh tiang sehingga hari pengebumian sebagai tanda berkabung.

NONE"Saya telah arahkan setiausaha kerajaan negeri Zainal Rahim Seman bagi memohon semua jabatan persekutuan dan sekolah juga mengibarkan bendera Pulau Pinang pada separuh tiang sebagai menghormayi seorang ahli politik gergasi yang telah memacu negeri ini ke era baru.”

Sementara itu, di ibu negara, Parliament bertafakur seketika pada 11.35 pagi ini sebagai penghormatan kepada mendiang yang pernah menjadi ahli parlimen Tanjung di Pulau Pinang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK