Huh pepagi dah menggosip...sajer nak kasi panas...hari mengggu kaaan..
Okey topik ni dapat dari - MURAI.com . Kesah Raja Azmi dgn Film Anu Dlm Botol...nak tengok ka...ekekekeke.
Tidak mengharapkan kutipanbox office terhadap filem baru terbitannya, ...Dalam Botol, produser filem sensasi, Raja Azmi Raja Sulaiman mengakui sudah cukup lega sekiranya ia diterima ramai.
Mengerti pelbagai persepsi yang diberikan oleh orang ramai terhadap filem tersebut, isteri kepada bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek ini mengharapkan agar masyarakat lebih dulu menontonnya sebelum menjatuhkan sebarang hukum.
"Saya tak pernah terfikir apabila buat filem saya mahu mengutip boxoffice atau risau mengenai sambutan tapi semuanya untuk suka-suka. Tak kisah capai atau tak box-office, kerana niat awal saya ialah untuk berdakwah.
"Semua pun sedia maklum filem saya sebelum ini pun tak pernah mengutip kutipan box office tapi saya tetap hasilkan filem lagi ,"katanya ketika ditemui pada majlis pra tonton filem tersebut bersama portal dan bloggers di Finas, Hulu Klang, Selangor, semalam.
Pada majlis itu hampir 50 orang bloggers termasuk wakil portal hiburan telah di undang untuk menyaksikan pra tonton filem pertama arahan Khir Rahman tersebut.
Jelas Raja Azmi, dia amat bersyukur kerana rata-rata respon yang diterima daripada mereka yang hadir adalah amat positif.
"Alhamdulillah respon yang saya dengar semua cakap okey. Tapi saya tak tahulah reaksi kaki wayang tempatan selepas ini. Namun saya gembira, niat saya untuk berdakwah dengan berkongsi informasi dengan yang lain sudah pun berjaya dilunaskan. Kini semuanya terserah kepada rezeki," katanya dengan penuh optimis.
Enggan mengklasifikasikan filem tersebut sebagai yang terbaik berbanding filem lain yang pernah diterbitkannya sebelum ini, Raja Azmi mengakui adalah tidak adil baginya untuk membanding-bandingkan kesemua filem-filem tersebut.
"Saya tak mahu membandingkan filem-filem saya kerana semuanya umpama anak-anak saya. Tak akan kita mahu membandingkan anak-anak sendiri dan pastinya tak mungkin berlaku. Walaupun filem terdahulu,kutipannya tidak memberansangkan saya redha, dan jika filem ini disukai ramai saya amat gembira," jelasnya wanita berusia 51 tahun ini.
Walaupun mengetengahkan wajah-wajah baru seperti Arja Lee dan WanRaja sebagai teraju utama, Raja Azmi menjelaskan dia amat berpuas hati dengan hasil kerja yang dipamerkan kedua-duanya kerana baginya lakonan mereka boleh disifatkan sebagai lebih baik daripada pelakon yang sediaada.
"Mereka terpilih menjadi teruja utama kerana undian peminat yang dibuat menerusi portal murai.com.my dan sms juga. Saya tak kisah mereka baru atau lama. Tapi saya sendiri mahu memuji lakonan Arja Lee kerana berjaya melakonkan watak Bidin dengan baik.
"Malah, saya rasa lakonan dia lebih baik daripada Rosyam Nor. Saya suka dia (Rosyam Nor) berlakon tapi bagi saya dia belum cukup bagus sebagai pelakon. Macam Arja Lee ini dia betul-betul menghayati watak tersebut yang saya rasa amat-amat berat dan sukar untuk dijayakan,"katanya penuh yakin.
Filem ... Dalam Botol bakal ditayangkan di pawagam tempatan Februari depan. Selain, Arja Lee dan Wan Raja,...Dalam Botol turutdi bintangi oleh Diana Danielle, Datuk Fauziah Ahmad Daud, Jalil Hamid,Normah Damanhuri serta Pekin.
**********************************
Rosyam dah jawab dah pon :-
KL, 12 NOV 2010: Pelakon terkenal tanahair, Rosyam Nor menerima dengan tenang kenyataan dari penerbit filem ... Dalam Botol, Raja Azmi bahawa pelakon baru, Arja Lee adalah lebih bagus dari dirinya.
Tanpa sebarang rasa terguris atau terasa dengan kata-kata itu, Rosyam atau nama sebenarnya, Mohamed Noor bin Shamsuddin, 43, sebaliknya menganggap jika benar Arja Lee adalah lebih baik, itu adalah satu petanda positif buat industri perfileman negara. ....
Tanpa sebarang rasa terguris atau terasa dengan kata-kata itu, Rosyam atau nama sebenarnya, Mohamed Noor bin Shamsuddin, 43, sebaliknya menganggap jika benar Arja Lee adalah lebih baik, itu adalah satu petanda positif buat industri perfileman negara. ....
gamaknye rosyam pun tak kosser sangat nak sentap2 dengan RA
No comments:
Post a Comment