Click Click NOW

Monday, November 29, 2010

lori tangki bawak acid eksiden dgn 3 keta kat PLUS ayer keroh!!

Lebuh raya Ayer Keroh sesak, nahas lori tangki asid
2010/11/29
KEMALANGAN yang membabitkan tiga kereta dan sebuah lori tangki membawa asid dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru di KM198, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Ayer Keroh, pagi ini menyebabkan laluan sesak sepanjang tiga kilometer. Setakat ini, beberapa pengguna cedera termasuk pemandu lori tangki yang dikatakan sesak nafas akibat terhidu asid yang tumpah dan mereka kini dirawat di Hospital Alor Gajah. - Foto Rasul Azli Samad

MELAKA: Satu kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah lori tangki membawa asid dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru di KM198, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Ayer Keroh, pagi ini menyebabkan laluan sesak sepanjang tiga kilometer.

Lori tangki asid itu dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan, kira-kira jam 6.30 pagi tadi. Ia menyebabkan tangki lori berkenaan terhumban ke seberang jalan arah ke Kuala Lumpur dengan asid yang dibawa tertumpah di atas lebuh raya. Saksi memberitahu, tiga kereta cuba mengelak tangki yang terhumpan itu dan melanggarnya.

Setakat ini, beberapa pengguna cedera termasuk pemandu lori tangki yang dikatakan sesak nafas akibat terhidu asid yang tumpah dan mereka kini dirawat di Hospital Alor Gajah.


credit - amazed CARI

2 comments:

aNa d'sKoDenG said...

haishhhh..ngeri..
ada acid lg tuhhhh

LugieAmir said...

nnti kita tunggu latest update ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK