Click Click NOW

Sunday, November 14, 2010

JAKIM Sahkan Minyak Sapi QBB Halal


KUALA LUMPUR, Nov 11 (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan bahawa produk minyak sapi keluaran syarikat QBB halal untuk kegunaan umat Islam di negara ini.


Menerusi laman web www.halal.gov Jakim memaklumkan minyak sapi jenama "QBB Pure Ghee" keluaran syarikat QBI Packaging Sdn Bhd adalah menepati konsep halalan toyiban.

"Dengan itu permohonan (sijil halal) daripada Syarikat QBI Packaging Sdb Bhd adalah diluluskan mulai 1 Nov 2010," menurut laman web itu.

Sijil Pengesahan Halal ini diberikan setelah pemeriksaan dilakukan secara terperinci dengan menggunakan pendekatan 'pengenalpastian produk', yang memeriksa tiga elemen iaitu 'pengenalpastian pembekal', 'pengenalpastian proses' dan 'pengenalpastian pelanggan'.

Jakim menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuat kuasa 19 Ogos lalu setelah mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.

Tindakan itu melarang QBI Packaging menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk minyak sapi QBB sehingga Jakim berpuas hati status halal produk berkenaan.

Sementara itu dalam satu kenyataan, Pengarah QBB Pte Ltd Lim Peck Bin berkata syarikat akan sentiasa dan terus mengambil langkah-langkah bagi memastikan produk keluarannya boleh digunakan umat Islam dan mematuhi syarat pensijilan halal.

mesti tuari ada yg dah buang lam tong sampah kaan....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK