AIR JAGUNG PANGGANG @ ROASTED CORN TEA ni sebenarnya antara minuman wajib untuk menu Korea . Kalau Chinese Food ada Jasmine tea atau Green tea..Korean food mesti ada RC tea!
Diminum sejuk-sejuk. Sangat-sangat sedap! Mula-mula rasa memang agak pelik..tapi kalau dah suka memang boleh habis berjug-jug. Untuk orang yang tak suka minum air masak putih atau green tea boleh lah cuba RC Tea!
Ini adalah Jagung Panggang belum direbus. Saya beli 1 peket RM8 atau RM10 tak ingat lah.. Beli di kedai makanan Korea.
CARA:- senang sangat!
1. Rebus 1 Sudu Besar Jagung Panggang ke dalam Rice Cooker . Penuhkan rice cooker dgn 3/4 air. Rebus hingga air menggelegak atau jagung masak . Biarkan sejuk.
2. Tapis air tadi . Hasilnya seperti gambar dalam gelas kat atas. Simpan air tapisan tadi dalam peti sejuk. Sedap diminum semasa sejuk!
No comments:
Post a Comment