Click Click NOW

Thursday, November 25, 2010

ADIE PUTRA AKAN JADI LAWYER SHAH RUKH KHAN

Jika ada yang beranggapan bahawa tajuk di atas ini adalah sekadar satu 'propaganda' semata-mata , anda mungkin patut memikirkannya untuk kesekian kali.

Ini kerana memang sahih Ady Putra akan menjadi peguam kepada bintang Bollywood, Dato Shah Rukh Khan (SRK) dalam filem Don 2 yang bakal dibintanginya tidak lama lagi.

"Saya terima berita ini daripada pihak ejen di Malaysia kira-kira sebulan yang lalu. Mereka telah memaklumkan kepada saya bahawa saya telah terpilih untuk membintangi filem Don 2.

"Begitupun, apa yang saya diberitahu, pemilihannya memang tidak mudah kerana pihak ejen di sini perlu menghantar klip video lakonan kami kepada pihak produksi di sana (India). Merekalah yang buat pilihan siapa pelakon yang mereka mahukan.

"Alhamdulillah, dalam ramai-ramai saya adalah di antara mereka yang terpilih. Saya diberitahu selain saya, seorang lahi pelakon Malaysia iaitu Ridzuan Hashim turut terpilih sama," katanya kepada murai.com.my.

Menurut Ady Putra lagi, dia sendiri masih kurang jelas mengapa dia dipilih serta menjadi pilihan pihak produksi filem Don 2.

"Tentu ada kriteria tertentu yang mereka inginkan dari saya. Tapi, terus-terang saya katakan, saya memang rasa tak sabar dan cukup excited bila memperolehi peluang yang seperti ini.

"Bukan saja dapat menjadi sebahagian daripada team produksi filem Don 2, tapi apa yang lebih penting lagi ialah bila dapat membintangi filem ini bersama Shah Rukh Khan. Jadi, peguam dia lagi.

"Setakat ini, saya masih belum memperolehi skrip dan saya pun tak tahu sama ada kemunculan saya di dalam filem ini nanti memerlukan skrip atau tidak kerana saya hanya akan terlibat dalam 2 scene saja.

"Tapi, kalau tiada dialog pun tidak apalah. Yang penting, saya masih dapat muncul dalam filem itu dan meraih pengalaman bekerja dengan produksi filem daripada Bollywood," katanya.

Jelas Ady Putra lagi, pihak ejen di Malaysia juga sudah meminta dia untuk mengunci tarikh 15 Februari hingga 16 Februari 2011 bagi dia menjayakan penggambaran 2 scene yang bakal dijayakannya dalam filem Don 2 nanti.

"Saya telah diminta untuk berbuat demikian daripada pihak ejen di Malaysia sejak seminggu yang lalu. Mereka juga beritahu kedua-dua scene itu akan dilakukan di Sungai Udang, Melaka.

"Setakat ini, penggambaran filem Don 2 sudah pun dilakukan di Berlin. Selebihnyhnya, ia akan dilakukan di Sungai Udang, Melaka serta di India sendiri," katanya.

Demi penglibatannya di dalam filem Don 2, Ady Putra juga sedang berusaha untuk menguruskan lagi badannya.

"Kalau boleh saya mahu mendapatkan bentuk rahang dan tulang pipi macam Shah Rukh Khan. Sama macam yang saya lihat dalam gambar saya bersama Shah Rukh dalam portal Murai tidak lama dulu," katanya mengangkhiri perbualan.

credit to cikieda CARI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK