Click Click NOW

Saturday, November 27, 2010

Budak 7 tahun belanja RM1,235 main Facebook!!




BIRMINGHAM - Keasyikan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun melayari permainan di laman sosial Facebook selama satu jam menyebabkan ibu bapanya menerima bil berjumlah 250 pound (RM1,235), lapor sebuah akhbar semalam.


Kanak-kanak itu, Megan Fox meminta kebenaran ibu bapanya untuk bermain permainan maya Petville di Facebook yang membolehkan pengguna membeli pakaian dan perabot maya untuk haiwan peliharaan maya mereka.


Ekoran bapanya Matthew, 35, terlupa untuk menutup maklumat akaun pembayaran Paypal di Internetnya, dia telah menerima tuntutan bil akaun melalui e-mel bagi sesi permainan maya Megan.


Matthew dan isterinya, Dawan, 33, bertindak membuat rayuan kepada pihak pengurusan Facebook dan PayPal untuk menuntut semula bayaran tersebut namun gagal.


"Sepanjang dia bermain, kami tidak sedar dia sebenarnya sedang membelanjakan wang," kata Matthew. - Agensi
credit - mysweetisha at 27-11-2010 CARI

3 comments:

Ken Wooi said...

facebook is scary :P

rebecca said...

ken is right! Facebook is scary!Loll

Rozy Amir (Owner) said...

budak2 sekarang.... even pre school hav their own acc!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK