Click Click NOW

Sunday, November 7, 2010

Dr ROZMEY NAK TAWARKAN PAMELA ANDERSON BERLAKON FILEM BARU DIA!

BELUMPUN reda kita dikejutkan dengan sasaran RM40 juta filem 2 Alam, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) selaku produser mahu membuat kejutan baru esok (7 November) serta projek 2011 syarikatnya.

Ketika ditemui di pejabatnya di Jitra, Kedah, DDR mahu orang ramai tunggu depan televisyen esok kerana dia akan membuat kejutan itu, tetapi tidak mahu menceritakan secara terperinci memadailah perutusan khas caranya tersendiri.

“Intro kata-kata saya di televisyen esok begini, “Saya Datuk Dr Rozmey pemegang label Dr Rozmey ingin mengisytiharkan...” Perutusan dalam 52 saat itu bukan bertujuan menyinggung mana-mana pihak, cuma ia lebih berunsur gimik untuk tarikan filem sulung saya. Jika perutusan berbentuk iklan itu mencetus kontroversi, saya tidak hairan kerana ia samalah seperti sasaran RM40 juta yang masih bingung difikirkan orang boleh atau tidak,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd juga penerbit dR Movie Production itu berkata idea membuat perutusan seperti aksi penyimpan besar mohor raja-raja itu tercetus apabila memikirkan filem 2 Alam akan memulakan tayangan pada hari kedua Aidiladha.

“Saya membuat perutusan awal seminggu sebelum tayangan supaya orang ramai khususnya peminat filem tempatan bersedia ke pawagam,” katanya.

Cuma tinggal 12 hari lagi filem 2 Alam akan ditayangkan di 85 panggung di tanah air termasuk Singapura dan Brunei bermula.

Sekalipun filem itu yang akan berentap dengan Harry Potter itu belum teruji lagi di pawagam, DDR sudah merangka beberapa projek terbaru untuk tahun depan yang disifatkan sebagai transformasi global supaya penggiat filem tempatan berjiwa besar sekali gus mencontohi apa yang dilakukannya.

Jika 2 Alam saya mengundang dua pelakon luar, Aaron Aziz dan Shuhaila Salam dari Singapura, Untuk projek 2011, saya mahu menawarkan Pamela Anderson berlakon dalam filem saya. Pihak produksi saya sudah merangka beberapa projek baru yang akan kami laksanakan secara usaha sama. 
“Sebagai permulaan saya akan berusaha untuk menjalani usaha sama dengan penggiat filem Thailand. Perkembangan filem negara jiran kita sebelah utara itu kian mendapat perhatian antarabangsa. Melalui filem usaha sama kelak dapat kita selitkan bintang ternama Hollywood itu nanti. Untuk projek sulung usaha sama begini, saya mensasarkan filem bercorak aksi dan kita maklum selain mistik filem Thailand sinonim dengan filem aksi” katanya.

Tidak dapat kita bayangkan jika impian DDR berjaya menyunting bintang seksi Baywatch itu, pastinya ia menjadi fenomena baru dalam filem Melayu.

Bertambah menarik jika dapat diselitkan adegan Pamela mencuba Jus Mate 5 untuk kesegarannya sejajar dengan tagline produk DDR, World Brand.
  - Harian Metro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK