Click Click NOW

Monday, November 8, 2010

KARI JENAHAK TELUNJUK


Ini Menu lauk hari ni.  KARI IKAN MASIN JENAHAK DENGAN TERUNG TELUNJUK. Sebenarnya semalam beli terung telunjuk tu cadang nak masak taucu. Tapi kondisi terung ni lak tak sesuai la pulak. So tu yang tukar menu tu ..jadi kari lah kau wahai terong telunjuk!

BAHAN:
Bawang Putih - 2 ulas
Bawang Besar - 1 labu
Halia - sikit jer
Ikan Masin Jenahak (rendam)
Terung Telunjuk - 5 -6biji (dibelah)
Serbuk Kari - 1 sudu
Cili Serbuk - 1 sudu
Santan - 1 cawan
Asam Keping - 1keping

CARA:
Tumis bawang putih, bawang besar, halia yang telah dimayang, kari dan cili serbuk.
Dah agak garing masukkan ikan masin. Tambah air. Masukkan santan pekat .Tunggu mendidih. tambahkan asam keping . Dah mendidih masukkan terung dan tunggu hingga masak. Jangan lama sangat nanti terung lenyok.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK