Tak tau nak sarapan apa.. Ada inti kelapa lebih so kita buat Kuih ketayap ye...
Cepat dimasak cepat dingap! Tapi sebab buat main belasah jer so rupa paras memang tak boleh blah! Tapi rasa dia mantap tau! Tak sempat nak display cantek2...dah kena ngap!
Untuk yang nak cuba tu sila kan resepi di bawah:
BAHAN - BAHAN:
INTI
150 gm gula merah
¾ cawan air
½ biji kelapa parut
garam
daun pandan
KULIT
1 cawan tepung gandum
1 ½ cawan santan
1 biji telur
2 helai daun pandan
CARA:
Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
Untuk kulitnya, masukkan tepung gandum dan telur di dalam mangkuk. Kemudian masukkan santan dan kacau hingga sebati. Jika suka bolehlah dimasukkan air daun pandan.( ada orang pakai pewarna je) Tapis adunan ini. Panaskan kuali yang telah dilengser dengan sedikit minyak. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan. Buat sehingga selesai semuanya. Kemudian ambil kuih dadar tadi dan masukkan inti di tengah-tengahnya. Kemudian lipatkan bahagian atas dan bawah lalu gulung ketayap kemas-kemas. Buat lah sampai habis adunan ya. Kalau ada durian boleh juga letak sikit dalam inti.
Ok selamat mencuba...
Ok selamat mencuba...
1 comment:
Yumm yumm!
Post a Comment