Click Click NOW

Wednesday, November 3, 2010

Pastikan anda memakai topi keselamatan ketika berjogging!!



PARAH...Faridah cedera di mata dan muka selepas terkena bola golf ketika berjoging.



MUAR: Seorang isteri pegawai kanan kerajaan yang berjoging di kawasan rekreasi Tanjung Emas di sini, Jumaat lalu parah di muka dan mata selepas terkena lantunan bola golf.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, Faridah Mustaffa, 43, parah di mata kanan serta menerima 10 jahitan di muka akibat kecederaan itu.
Suaminya yang enggan dikenali berkata, isterinya masih ditahan di wad Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).
“Ketika kejadian, isteri serta rakannya sedang berjoging sebelum tersungkur akibat terkena lantunan bola golf dipercayai dipukul dari sebuah padang golf berhampiran.
“Akibatnya, isteri saya mengalami kecederaan agak parah dan doktor mengatakan, penglihatannya terjejas selain mengambil masa untuk pulih,” katanya, semalam.
Dia bagaimanapun bersyukur kerana keadaan isterinya itu semakin pulih dan dijangka keluar dari HPSF dalam masa terdekat.


Menurutnya, kedudukan laluan pejalan kaki yang dijadikan lokasi berjoging di kawasan itu terlalu hampir dengan padang golf dan ia mendedahkan mereka yang sedang beriadah kepada risiko terkena lantunan bola golf itu.
“Sebahagian padang sukan itu tidak berpagar dan akibatnya, ia memudaratkan mereka yang beriadah di kawasan berkenaan.


“Saya berharap pihak pengurusan kelab golf berkenaan meningkatkan langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang,” katanya.

kredit: cari.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK